TEMPOH tahanan reman pasangan pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega selama tujuh hari berakhir pada Selasa. Aisyah, 26, dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, bagaimanapun perlu membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang di mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin. Menurut laporan media tempatan, pasangan itu juga perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan. Alif dan Aisyah ketika dibawa ke mahkamah pada 11 Julai lalu. "Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh serta dua individu lain ditahan SPRM untuk siasatan kes seleweng dana derma awam dibebas dengan jaminan RM100,000 seorang. "Mereka perlu lapor diri sekali sebulan di pejabat SPRM atau hadir hingga siasatan selesai," kata sumber. Pada 10 Julai lalu, SPRM menahan Alif dan Aisyah, dipercayai bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam. ARTIKEL BERKAITAN: Reman Alif Teega dan Aisyah Hijanah disambung 3 hari lagi ARTIKEL BERKAITAN: SPRM beku 20 akaun bank Alif Teega dan Aisyah Hijanah bernilai RM740,000 Pasangan itu sebelum ini pernah tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah. Pada 11 Julai lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap Aliff dan Aisyah yang dibuat SPRM. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin dan pasangan itu direman selama empat hari yang sepatutnya berakhir pada Ahad, namun disambung selama tiga hari sehingga Selasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!