TAMPIL dengan imej berhijab, pelakon Nora Danish memberitahu salah satu faktor yang mendorong dirinya untuk berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama sejak Mei tahun lalu. Kata Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an. “Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain. Nora akui kerap hadiri majlis ilmu dan mendengar ceramah sebelum bertudung. "Apabila pulang saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama. “Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini,” katanya kepada mStar. Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Perang Nasi Dagang yang diadakan di Wisma DBP, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Nora memberitahu ibunya iaitu Salimah Talib mengalirkan air mata selepas melihat perubahannya menutup aurat. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak bekas suami bersama wanita lain, Nora Danish tak campur urusan peribadi... “Penceraian ini permintaan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish ada sebab berhijab jaga Nedim di hospital, tak berhak kongsi penyakit bekas suami - “Itu urusan peribadinya” Menurut Nora, sebelum ini ramai yang mendoakannya untuk kekal istiqamah namun dia belum bersedia untuk berkongsi tentang berita penghijrahan ini. “Ibu adalah orang pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini. “Ramai yang mendoakan perkara ini sebelum ini tetapi saya belum bersedia nak berikan komen. Ini kerana saya ini pun masih baharu dan bimbang dituduh riyak. “Saya pun masih belajar dan perlahan-lahan untuk menjadi muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadirkan diri ke majlis agama untuk dapatkan ilmu," ujarnya. Dia (Nedim) turut memuji saya kelihatan cantik mengenakan tudung. NORA DANISH PELAKON Ditanya mengenai reaksi bekas suaminya iaitu Nedim Nadzri, Nora memberitahu Nedim turut terkejut dan memuji penampilan baharu itu. Malah, dia mula berhijab selepas Nedim menerima rawatan di hospital dan menyifatkan ia juga salah satu hikmah untuk melakukan perubahan dalam diri. “Saya memakai tudung pada hari selepas dia masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira malah dia turut memuji saya kelihatan cantik mengenakan tudung. Nora nekad untuk mengubah diri. “Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah satu dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit. “Jadi saya ambil hikmah ini dan nekad untuk berubah,” katanya. Sebelum ini, Nora memberitahu dia senang memakai pakaian menutup aurat sewaktu menjaga bekas suami yang menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan. Penampilan Nora dapat pujian ramai. Kata Nora, memakai pakaian menutup memudahkan dia untuk bersolat dan mengaji sepanjang menjaga Nedim di hospital. Nora juga pernah memuat naik foto di Instagram menampilkan dirinya menggayakan 'hoodie' dengan tudung rona hitam. Bagaimanapun, aktres berkenaan menutup ruangan komen dan tanpa memberikan sebarang kapsyen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube