suria

“Sombong dengan perempuan lain tak apa” - Leez harap Aepul kekal ‘humble’ selepas menang THSS, cerita momen cemas suami hampir dihempap dram

Leez harap suaminya tidak mendabik dada atas kemenangan THSS pada Ahad lalu.

SELEPAS bergelar juara program The Hardest Singing Show (THSS), pelakon Leez Rosli menasihati suaminya iaitu penyanyi Aepul Roza supaya tidak mendabik dada dan berbangga diri dengan kejayaan dimiliki.

Leez atau Rosliza Rosli, 37, berharap Aepul kekal merendah diri dan sebagai isteri dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangannya itu.

"Mungkin ini kejayaan yang kecil bagi sesetengah orang, tapi ini merupakan the hardest moment yang saya dan pasukan takkan lupakan.

size NP 1 - 2024-07-16T105642.913

Aepul juara THSS musim pertama.

"Allah dah bagi rezeki sebegini, jadi diri sendiri dan sentiasa merendah diri, jangan sombong... kalau sombong dengan perempuan lain tak apa, jaga setiap amanah Allah sebaiknya seperti selalu.

"Jangan lupa diri, saya sentiasa ada di belakang awak dan mendoakan yang terbaik buat awak!" katanya

Leez berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instragram miliknya pada malam Isnin.

Bercakap mengenai persembahan suaminya pada malam final itu, Leez meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berkenaan dipermudahkan Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aepul Roza juara The Hardest Singing Show, bawa pulang wang tunai RM150,000

ARTIKEL BERKAITAN: Berhabis RM30,000 untuk malam final, Aepul Roza syukur balik modal menang THSS

Malah aktres itu sempat berkongsi momen sewaktu sesi latihan suaminya hampir terjatuh daripada aksi bermain drum secara terbalik 90 darjah.

"Allah permudahkan semua urusan, setiap pergerakan atas pentas dari Aepul, penari, Dramaband, kostum dan prop semua tersusun cantik.

"Hidraulik drum tu paling risau sebab masa rehearsal drum tu naik 90 darjah tiba-tiba kerusi patah dan tercabut.

"Nasib baik Aepul sempat tahan pakai kaki, kalau tak penyek muka lakiku," ceritanya.

size NP 1 - 2024-07-16T105515.657

Leez dan Aepul semasa persembahan minggu keempat THSS.

Dalam hantaran sama, Leez juga sempat berseloroh meminta upah daripada suaminya selepas menjadi cameo di dalam persembahan konsert minggu keempat.

"Suamiku.. ada hadiah besar untuk isterimu kan? Penat tau saya menyorok belakang platform sepanjang persembahan ilusi LED hari tu, keluar tv tak sampai seminit pun," katanya.

Pada Ahad lalu, Aepul, 36, bergelar juara THSS dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 bersama pakej percutian pelayaran dan sebuah trofi.

Naib Juara disandang oleh Ayda Jebat, tempat ketiga Stacy yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Aisha Retno, tempat kelima Putera Muhammad diikuti Zizi Kirana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain