suria

“Mulanya saya risau”... Penerbit puji lakonan Khai Bahar, hebat bawa watak berat bermain emosi

Khai turut mempamerkan kehabatan melakonkan babak aksi Muay Thai.

MENAMPILKAN penyanyi Khai Bahar membawa watak utama dalam drama terbaharu, penerbit Fadzil Teh memberitahu dia pada awalnya tidak yakin untuk memberikan tawaran tersebut.

Jalan cerita yang berat dan perlu bermain dengan emosi, Fadzil atau mesra disapa Haji Zeel tidak yakin Khai mampu membawakan watak utama dalam drama berjudul Cinta Bukan Milik Kita itu.

Namun segala persepsi itu berubah tatkala melihat komitmen ditunjukkan Khai semasa menjalani penggambaran di sekitar Perlis.

khai bahar 2

Penerbit puji cara lakonan Khai.

"Watak yang dicipta dalam drama ini sangat berat dari segi emosi. Malah ada juga babak di mana Khai perlu melakukan aksi Muay Thai. Sebab itu pada awalnya saya risau Khai tidak boleh membawakan watak sebegini.

"Namun saya tidak sangka dia mampu memberi kelainan. Lakonannya juga hebat dan dia amat disenangi oleh pelakon lain serta kru produksi," katanya kepada mStar.

Kata Haji Zeel lagi, ini merupakan kerjasama pertama Khai bersama syarikat miliknya iaitu Zeel Productions meskipun sudah beberapa kali pihaknya pernah memberikan tawaran kepada penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Khai Bahar minta bukti keluar masuk kelab malam, hati jadi ‘kosong’ sejak pemergian ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar masih boleh tersenyum kena difitnah, tak reti simpan dendam

Kisah pengorbanan seorang anak terhadap ibunya telah membuka hati Khai untuk menerima watak berkenaan selepas lama tidak terlibat di set penggambaran.

"Katanya selepas ibu meninggal baru-baru ini dia memang ambil tempoh berehat dan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon. Saya pun juga ada bertanya kenapa dia menerima watak ini selepas kali saya banyak kali saya beri tawaran.

"Selain lokasi penggambaran di Perlis, Khai suka dengan jalan cerita... ini dekat dengan kisah peribadi seperti apa yang dilalui," ujarnya.

khai bahar 3

Khai bergandingan dengan Kartina sdalam drama Cinta Bukan Milik Kita.

Selain Khai drama tersebut turut menampilkan pelakon lain seperti Sharifah Rose dan Kartina Aziz.

Pihak produksi juga telah menyiapkan sebuah lagu baharu buat Khai untuk dijadikan OST drama ini yang dijangka bersiaran bermula Oktober nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain