GARA-GARA namanya dikaitkan dengan kontroversi menumbuk wajah kekasih, tak fasal-fasal pelakon Ammar Alfian menerima hukuman daripada lelaki dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton di sebuah pusat kecergasan. Hukuman dimaksudkan oleh Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, itu ialah latihan mengangkat berat secara berterusan bersama lelaki berkenaan di gimnasium. "Aku tak salah apa-apa tapi aku kena hukum dengan dia (Cik Ton). Ammar reda dihukum Cik Ton di Gim. "Dia hukum aku walaupun bukan salah aku, tapi orang kata hadap sajalah. "Aku yang kena fitnah, aku yang kena hukum. Itulah lumrah kehidupan," katanya. Ammar berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video menerusi aplikasi TikTok miliknya pada petang Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya - “Tahulah muka aku jahat...” ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon didakwa pukul kekasih muncul beri keterangan, ditemani bapa ke balai polis Dalam video itu, Ammar dilihat melakukan latihan angkat berat bersama beberapa orang rakannya. Dalam pada itu, Ammar berkata dia tidak kisah jika difitnah oleh orang ramai asalkan mereka yang terdekat mengenali dirinya yang sebenar. "Biar orang fitnah kita, janji kita dan orang tersayang kenal dan tahu siapa kita. Alhamdulillah," ujarnya. Ammar sangkal dakwaan dia adalah individu pelakon lelaki tumbuk kekasih. Pada 8 Julai lalu, berita tentang seorang wanita dipukul seorang pelakon yang juga kekasihnya menjadi bualan ramai. Susulan itu, nama Ammar disebut-sebut sebagai pelakon dimaksudkan daripada beberapa petunjuk diberikan seperti umur dan berbadan sasa. Namun aktor itu menyangkal tuduhan berkenaan dalam ruangan komen di Instagram mStar yang turut melaporkan berita berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!