SELEPAS sehari dibenarkan pulang, anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit dan sakit perut. Melihat keadaan anaknya yang tidak bermaya itu, Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali, 25, mengambil keputusan membawa ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati usus Hayder mengalami bengkak. "Hayder keluar hospital hari Khamis lalu, Jumaat malam dia mengadu sakit perut dan tak berhenti cirit-birit. 20 kali juga ulang-alik ke tandas. Eyra berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Semalam nampak dia dah tak bermaya jadi kami bawa dia ke hospital dan memang dia mengalami dehidrasi, doktor terus suruh tahan (wad). "Hari ini buat ultrasound rupanya usus Hayder bengkak sebab tak betul-betul baik di hospital hari itu dan tak berhenti cirit," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin. Dalam pada itu, aktres berkenaan memberitahu keputusan ujian sampel najis anaknya tidak menunjukkan sebarang petanda penyakit serius. ARTIKEL BERKAITAN: Muntah tak henti-henti, buah pinggang anak Eyra Hazali kering ARTIKEL BERKAITAN: Percutian Sharifah Zarina berakhir di hospital, wajah suami bertukar pucat selepas makan durian Kanak-kanak berusia empat tahun itu bagaimanapun perlu menerima rawatan di bawah pemerhatian doktor. "Sampel najis pun tak kesan rotavirus atau apa-apa yang merisaukan. "Sekarang Hayder tengah dapatkan rawatan antibiotic untuk beberapa hari bagi kurangkan bengkak di usus," jelasnya. Eyra diuji apabila kedua-dua anaknya dimasukkan ke hospital. Sebelum ini, pelakon itu diuji apabila anak keduanya iaitu Endra Haqimie dimasukkan ke hospital pada 5 Julai lalu akibat buah pinggang kering. Untuk rekod, Eyra bernikah dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Hadzli pada 1 November 2019. Selain Hayder, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun. Pada 29 Mei lalu, Eyra berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!