suria

Terima banyak soalan tentang kesihatan... Elyana bukan pakar, tak mampu jawab semua

Elyan terkilan sering menjadi mangsa kecaman.

PENYANYI Elyana kurang senang apabila ada netizen merujuk dirinya bagi bertanyakan hal berkaitan penyakit terutamanya mengenai kanser.

Kata Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 34, dia bukanlah seorang pakar perubatan yang mampu menjawab setiap persoalan diberikan.

"Minta maaf, saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit.

Copy of Untitled - 2024-07-16T180938.458

Elyana meluahkan rasa geram menerusi hantaran di InstaStory.

"Saya pun pesakit seperti anda, berat jadi saya ini. Nak layan semua orang bila orang perlukan," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.

Dalam pada itu, Elyana turut meluahkan rasa terkilan apabila sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Lebih menyedihkan apabila dia dilabelkan dengan gelaran yang tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak buat jahat terhadap anak angkat, Elyana tak akan maafkan - “Anda tahu siapa anda”

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana bebas kanser selepas 11 tahun berjuang - “Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh sihat”

"Bila ada yang tak kena di mata orang, maki hamun saya macam saya tidak ada perasan.

"Korang kata saya ahli neraka, tak kan masih nak minta tolong saya. Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana," ujarnya.

Untuk rekod, pada Disember 2021, Elyana disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang melawan penyakit tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain