PELAKON Izara Aishah merancang untuk menambah anak ketiga dalam tempoh masa dua tahun lagi. Izara, 31, berkata ketika ini dia sedang memberikan fokus kepada anak keduanya iaitu Amara Amina. "Lagi dua tahun, Insya-Allah tengok macam mana sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat menyokong. Itu yang menyenangkan saya. Izara bersama dua orang anak perempuannya. "Anak-anak saya akrab. Dia (Irisa) tak cemburu langsung dan sangat protective dengan adik dia. Nombor satu sensitif sangat-sangat dan lembut, yang kedua buas betul! "Lain sangat dua-dua. Saya nak menyesuaikan diri tu terkejut sekejap. Yang ikut Izara rasanya nombor dua, nombor satu ikut bapa," katanya. Izara berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama Mingguan Wanita yang dimuat naik di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah ‘belanja’ wajah anak kedua selepas 3 bulan bersalin, peminat tak sabar tunggu umum nama pula ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah dan Adib Khalid timang bayi perempuan kedua Menurut Izara, menjadi seorang ibu bukanlah suatu perkara yang mudah memandangkan dirinya juga mempunyai perniagaan perlu diuruskan. Meskipun penat, dia tetap gembira melalui rutin hariannya itu. "Tugas seorang ibu ni bukan senang sebab saya ada perniagaan, saya pentingkan suami dan anak-anak. Saya masih tengah menyesuaikan diri dengan semua ini. Izara gembira menjadi seorang ibu. "Tipu kata tak penat. Kita tak cukup tidur, baby pun baru lahir. Jadi kena hadapi sahaja keadaan tersebut. "Alhamdulillah kalau kita buat semua itu dengan sabar pasti dapat banyak ganjaran. Saya tak pernah merungut, saya berasa sangat gembira," ujarnya. Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Selain Amara mereka juga mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 4. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!