SEDEKAD meninggalkan dunia hiburan, ahli kumpulan Feminin iaitu Asfarina Muhammad mengakui dirinya sudah tidak lagi mampu untuk menyanyi di hadapan orang ramai. Asfarina atau lebih mesra dengan panggilan As, 49, berkata perasaan malu dan tidak yakin diri itu semakin menebal apabila dia sudah jarang membuat persembahan. "Bila sudah lama tidak menyanyi saya jadi rasa malu dan tak yakin nak berdepan dengan orang ramai. As beri sepenuh tumpuan kepada keluarga. "Saya rasa macam stage fright bila orang pandang dan tertumpu kepada saya," katanya kepada mStar. Menurut As, dia juga lebih selesa hidup sebagai suri rumah dan menjaga empat orang anaknya. Lebih membuatkan dia perlu fokus terhadap keluarga apabila anak bongsunya perlu perhatian khusus selepas didiagnosis autisme. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Final Euro 2024 bersama mStar meriah, penonton ‘sporting’ rebut hadiah sambil pekena roti canai, teh tarik ARTIKEL BERKAITAN: [V] Masih dalam fasa mencuba, Ara Johari sanggup belanja besar demi ‘Menjaga Jodoh Orang lain’ "Sekarang hidup saya memang duduk rumah dan jaga anak-anak sahaja. Saya berhenti menyanyi pun sebab nak menjaga anak bongsu yang autisme. "Dia perlukan perhatian yang lebih, anak lain pula masih bersekolah jadi saya tumpukan sepenuhnya kepada keluarga. "Saya selesa hidup macam ini. Empat anak masih bersekolah, apabila duduk dengan mereka saya lebih tenang, merekalah kawan dan tempat luah perasaan," ujarnya. Meskipun dilihat sudah lama menyepi, As mengakui masih menerima tawaran persembahan namun terpaksa menolaknya. Masih ada yang tawarkan saya untuk lakukan persembahan nyanyian. AS FEMININ PENYANYI Namun dia tidak keberatan jika jemputan itu sekadar majlis temu bual atau acara santai. "Masih ada yang tawarkan saya untuk lakukan persembahan nyanyian tapi saya terpaksa menolak kerana sudah tidak yakin selain waktu tidak bersesuaian," ujarnya. Selain dirinya, As juga memberitahu ahli kumpulan Feminin yang lain juga kini sibuk menguruskan rumah tangga dan hal keluarga. Feminin dianggotai As, Watie, Deq Nor dan Along. Malah mereka juga tiada sebarangan perancangan untuk melakukan kemunculan semula. "Kawan-kawan saya yang lain juga sibuk dengan keluarga dan kami selesa begini. "Untuk buat comeback itu tidak mungkin, tapi kalau buat perjumpaan bersama peminat di pusat karaoke itu boleh difikirkan," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube