suria

[V] Mek Yun pandang serius isu buli siber, harap kerajaan wujudkan undang-undang lebih tegas

SUSULAN kematian seorang TikToker dikenali sebagai Esha yang dipercayai menjadi mangsa buli siber, personaliti media sosial Mek Yun memohon agar pihak berkuasa mengenakan tindakan yang setimpal terhadap pembuli.

Mek Yun atau Wee Yun Nee, 27, berkata, kejadian yang berlaku kepada mendiang Esha tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Malah Mek Yun berharap wujud undang-undang lebih tegas dalam membanteras gejala buli siber yang semakin menular di media sosial.

"Saya rasa perkara ini sangat serius sampai boleh meragut nyawa. Jadi ia tidak boleh diambil ringan untuk tindakan yang dibuat.

mek1 - 1

Mek Yun kesal dengan setiap komen negatif yang ditulis di media sosial.

"Kalau sampai meragut nyawa, saya harap sangat pihak berkuasa akan lebih memperketatkan undang-undang supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

"Saya harap sangat kalau wujud lagi situasi seperti ini, akan ada undang-undang yang lebih tegas," katanya kepada mStar.

Mek Yun berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Perang Nasi Dagang yang diadakan di Wisma DBP, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Mek Yun memberitahu dia juga pernah berdepan dengan komen negatif netizen yang menyentuh mengenai fizikal dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun panik, seram diekori lelaki warga asing... Berani ikut rapat masuk semua kedai, nampak kamera terus lari!

ARTIKEL BERKAITAN: Diekori lelaki warga asing, Mek Yun menyesal tak buat laporan polis

Mek Yun bagaimanapun menjadikan kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit.

"Saya pernah rasa seperti ingin menyerah disebabkan komen negatif di media sosial. Walaupun satu atau dua komen tetapi sebenarnya ia memberi impak yang besar kepada kita.

"Saya juga pernah menerima komen negatif seperti body shaming kerana sebelum ini badan saya agar besar sedikit. Saya sangat berisi pada waktu itu, berat badan saya 74 kilogram.

"Ada yang komen cakap saya gemuk, macam drumstick (paha ayam). Banyaklah komen-komen yang buruk tetapi saya ambil sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan," ujarnya.

Kalau sampai meragut nyawa, saya harap sangat pihak berkuasa akan lebih memperketatkan undang-undang.

MEK YUN

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

Sementara itu, Mek Yun berpesan kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya memberikan komen yang boleh menggores hati orang lain.

Kata Mek Yun, setiap individu mempunyai tahap kesihatan mental yang berbeza dan disebabkan itulah kita perlu menjaga tutur kata apabila menggunakan media sosial.

"Kepada netizen, kata-kata andalah yang akan memberi impak sangat besar kepada pempengaruh media sosial ini.

"Fikir dahulu sebelum anda meninggalkan sebarang komen kerana mungkin bagi anda apa yang dikatakan itu tidak mempunyai apa-apa maksud tetapi ia mungkin memberi kesan buruk kepada orang lain.

mek2 - 1

Mek Yun mohon masyarakat berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen di media sosial.

"Tolonglah berbuat baik dan sebarkan nilai positiviti sahaja supaya kita semua akan hidup dalam kebahagiaan," katanya.

Pada Selasa, P Shalini, 35, didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun TikTok untuk membangkitkan kemarahan.

Shalini mengaku bersalah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menyebabkan Esha ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain