suria

Penggunaan bahasa kasar dalam podcast membimbangkan, Rita Rudaini minta buat ‘content’ berilmu

size NP 1 - 2024-07-17T103823.386

SEJAK kebelakangan ini semakin banyak pihak tampil dengan program berbentuk podcast yang mengetengahkan pelbagai topik perbualan.

Pun begitu, ada segelintir golongan ini tidak sensitif terhadap topik diketengahkan yang boleh memberi kesan kepada penonton terutamanya dalam golongan remaja.

Pelakon Rita Rudaini juga kurang gemar dengan penggunaan bahasa yang bukan sahaja kedengaran kurang baik tetapi disertakan perkataan makian.

size NP 1 - 2024-07-17T103835.738

Rita risau jika perkara tak sensitif dijadikan bahan podcast akan timbulkan perspektif negatif anak muda.

"Ada konon santai-santai tapi bahasa ‘sial doh’, ’gempak sial’ dan entah apa-apalah. Yang tengoknya budak-budak.

"Santai, santailah juga tapi biar santai nampak berilmu dan bagi impak yang bagus untuk anak-anak muda dan orang tua," katanya.

Rita berkongsi pandangannya itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Selasa.

Sebelum itu, Rita meluahkan rasa kesal terhadap sebuah podcast bercerita mengenai kisah seorang wanita dipercayai ketua dewan makan di sebuah asrama kononnya meletakkan racun tikus dalam botol kicap sehingga menyebabkan pelajar keracunan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan cemerlang 3.99 hadiah hari jadi Rita Rudaini, luahan Rayyan sentuh hati netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini sokong impian Qaqa jadi pemain bola sepak, asal utamakan agama dan akademik

Rita berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya disiarkan malah menyifatkan perkara itu tidak kelakar dijadikan bahan untuk tontonan umum.

"Dengan rasa bangga bercerita, kali kedua buat pula itu. Penemu bual pun tak rasa ke tak perlu kot temu bual macam cerita itu kelakar.

"Psiko betul. Seronok, gelak-gelak cerita. Untuk bagi pengajaran dekat orang tapi temu bual ini jadi macam tak sensitif.

"Racun tikus kot, bukan madu nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ya? Benda macam ini tak kelakar.

"Jangan pula lepas ini ada yang cerita kena rogol sambil gelak-gelak," katanya.

size NP 1 - 2024-07-17T103736.798

Rita luahkan perkara berkenaan di Instastory miliknya.

Sementara itu, Rita berharap golongan ini tampil dengan kandungan lebih bermanfaat dan berilmu kepada penonton.

"Untuk adik-adik yang baru nak naik teringin nak buat podcast, temu bual atau apa sahaja isu-isu, tolonglah berilmu.

"Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecil. Sebab itu kalau filem atau drama kita ada kategori seram, komedi, romantik dan lain-lain.

"Jadi kalau cerita seram takkan nak pergi letak dalam kategori komedi ataupun dokumentari. Agak-agaklah kalau topik sedih, suspen nak gelak-gelak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain