suria

[V] Zarina Anjoulie luah rasa rindu terhadap Nedim, Nora Danish tiada masalah jika mereka bersama

PELAKON Nora Danish menyifatkan ucapan mesra aktres Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya hanyalah sekadar luahan rindu sebagai seorang sahabat baik.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, Zarina dan Nedim sudah lama bersahabat dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres berkenaan.

Malah kata Nora, dia juga tidak kisah sekiranya Zarina dan Nedim mempunyai hubungan lebih daripada seorang sahabat kerana dia sudah tidak ada kaitan dengan bekas suami.

noraaa2 - 1

Nora tiada masalah jika Zarina dan Nedim mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan,

"Saya percaya mereka memang sudah berkawan lama malah sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Anju (panggilan Zarina), kami memang baik.

"Jadi apabila Anju memuat naik hantaran seperti itu saya hanya menganggap ia hanya sebagai seorang kawan yang merindui sahabatnya. Lagi pun pada waktu itu Nedim sedang sakit.

"Tapi kalau mereka nak lebih daripada itu (berkawan) pun saya tidak kisah," katanya kepada mStar.

Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Perang Nasi Dagang yang diadakan di Wisma DBP, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Nora juga memaklumkan dia berasa kurang senang apabila ada pihak menuduh dia masih tinggal sebumbung dengan bekas suami.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kerap ikut majlis agama, Nora Danish terbuka hati berhijab

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak bekas suami bersama wanita lain, Nora Danish tak campur urusan peribadi... "Penceraian ini permintaan saya"

Menurut Nora, dia hanya menjaga Nedim ketika berada di hospital namun apa yang lebih dikesali dakwaan tinggal sebumbung itu dibuat oleh rakan-rakannya sendiri.

"Saya terima DM terlalu banyak. Apa yang buat saya kesal mereka dalam kalangan rakan-rakan saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim sakit kami baru bercerai.

"Kami pun bercerai cara baik, jadi bila dia sakit saya jaga dia. Saya sudah bersamanya selama 11 tahun jadi kami sudah biasa.

"Bila saya menjaga Nedim mungkin mereka fikir saya sudah kembali bersama Nedim. Saya jaga Nedim di rumah, mungkin ada yang fikir kami sudah rujuk," ujarnya.

Ditanya soal rujuk, pelakon drama Puteri ini memberitahu dia belum terfikir untuk bersama semula dengan bekas suami dan hanya mahu memberikan fokus kepada penghijrahannya.

Tapi kalau mereka nak lebih daripada itu (berkawan) pun saya tidak kisah,

NORA DANISH

PELAKON

"Disebabkan itu saya terpaksa mengeluarkan kenyataan itu untuk memberitahu kami tidak tinggal sebumbung.

"Ramai juga orang DM saya nampak Nedim dengan wanita lain. Saya cakap kenapa kena report dekat saya?

"Ramai juga yang mendoakan supaya saya kembali dengan Nedim semula. Tapi apa yang saya boleh katakan buat masa sekarang itu (rujuk) bukan apa saya fikirkan... Saya kini hanya mahu fokus kepada penghijrahan saya," katanya.

Pada Ahad lalu, Nora memberitahu dia tidak lagi mencampuri urusan peribadi bekas suami termasuklah dakwaan dilihat bersama wanita lain.

Kata Nora, mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri dan memohon orang ramai tidak lagi bercerita kepdanya mengenai kehidupan Nedim.

noraaa1 - 1

Nora belum terfikir untuk bersama semula dengan Nedim selepas bercerai.

Untuk rekod, Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Rayqal, 15 tahun.

Perkahwinan itu bagaimanapun berakhir dengan penceraian pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain