suria

Idolakan Sharifah Aini, Aishah beri nafas baharu ‘Di Pinggir Kayangan’... Sedia terima kritikan pendengar

Aishah harap nafas baharu Di Pinggir Kayangan dapat diterima ramai.

MEMINATI Allahyarham Datuk Sharifah Aini membuatkan penyanyi Datuk Aishah berminat untuk menyanyikan semula lagu Di Pinggir Kayangan dengan nafas baharu.

Aishah atau atau Wan Aishah Wan Ariffin, 59, berkata lagu berkenaan juga sangat bermakna buat dirinya kerana ia mengingatkan kepada idolannya itu.

Dia juga percaya lagu seperti ini harus diperkenalkan semula kepada generasi baharu.

MR2F6248

Aisyah akui nyanyian Sharifah Aini bawa kebahagiaan buat dirinya.

"Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Saya sangat meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan arwah.

"Di Pinggir Kayangan adalah sebuah lagu cinta yang mempunyai semangat positif dan gembira serta lenggok kemelayuan yang sangat merdu," katanya.

Menyedari bakal ada perbandingan yang akan dibuat netizen, Aishah berkata dia sudah bersedia dengan sebarang komen negatif itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan lagi sertai sebarang pertandingan di Malaysia... Aishah pernah disantau, perut membusung

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal dihina pengacara tua kaki carut, Aishah beri kata dua... Padam hantaran atau berdepan saman!

Kata Aishah, dia membawa lagu Di Pinggir Kayangan ini dengan cara tersendiri selain ada beberapa perubahan pada corak nyanyian.

"Saya akan anggap ia sebagai pujian kerana sudah tentu akan ada perbezaan kerana ini versi saya dan sudah semestinya suara saya berbeza dari suara penyanyi asal.

"Perkara itu sebenarnya sudah dijangka tapi kalau tak nak sakit hati lebih baik jangan baca komen. Lagu ini juga dirakamkan dalam nota yang lebih tinggi sedikit berbanding dengan yang asal," ujarnya.

Dalam pada itu, Aishah memberitahu menyanyikan semula lagu popular adalah salah satu cara untuk kekal relevan.

MR2F6374

Aishah teruja dapat kembali bertemu peminat.

Jelasnya, jika mendapat penerimaan yang baik dalam kalangan peminat dia tidak teragak-agak untuk menghasilkan lagu baharu.

"Perancangan untuk hasilkan lagu baharu sudah ada tapi ini boleh dianggap sebagai projek printis bersama pihak Sony.

"Tapi sekarang ini agak susah nak cari lagu yang sesuai kerana penulis lagu yang serasi dengan saya sudah tiada," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain