suria

Sufian Suhaimi lamar Tiara jadi duta, Achey terkedu sampai tidak boleh tidur... “Tapi dia tak suka pakai baju glamor”

Achey terkejut Sufian betul-betul melamar Tiara menjadi duta produknya.

DILAMAR menjadi duta produk, pelawak Achey tidak menyangka rezeki anak perempuannya iaitu Nur Tiara Zinnirah semakin mencurah-curah.

Kata Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, dia dan isteri iaitu Nor Hasanah Yahaya, 34, terkejut apabila mendapat panggilan daripada penyanyi Sufian Suhaimi yang meluahkan hasrat mahu menjadikan Tiara sebagai duta produknya.

"Ini pertama kali Tiara kolaborasi jadi duta produk. Sebelum ni ada yang bertanya tapi awal-awal saya cakap yang Tiara ni ada perangai dia tersendiri.

size NP 1 - 2024-07-19T152835.179

Sufian mengenali Tiara sejak dari kecil lagi.

"Untuk jadi duta, nak kena cantik dalam poster agak sukar sebabnya Tiara tak suka pakai baju glamour, dia suka pakai baju biasa sahaja.

"Tapi terkejut juga bila kami berjumpa dengan Sufian, dia teruja dan terima sahaja perangai yang ada pada Tiara," katanya Ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Achey mengakui dia dan isteri terkejut dengan tawaran itu sehingga menyebabkan mereka sukar tidur malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil minat berniaga! Achey layan permintaan anak bisnes gula-gula, 2 jam ‘live’ jual 3,000 pek... “Yang nak membungkus ni mak bapa dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tiada ‘job’ punca berniaga gula-gula, Achey pegang rezeki datang daripada Allah

"Saya dan ibu Tiara agak takut dan terkedu sebenarnya, pukul 4 pagi masih tak boleh tidur.

"Sebab itu saya berpesan pada orang ramai rezeki anak ni ada pada macam-macam cara. Kami sendiri tak sangka Tiara tu ada orang nak jadikan duta," jelasnya.

Berkongsi pengalaman menguruskan anaknya menghadiri sesi fotografi produk berkenaan, Achey berkata dia terpaksa mengikut ragam Tiara yang tidak menentu itu.

size NP 1 - 2024-07-19T152813.654

Tiara tidak suka menggayakan baju glamour.

"Patut ada sesi fotografi pagi tadi, dah hantar surat pada pihak sekolah tapi dia (Tiara) mengamuk nak pergi sekolah juga.

"Tiara pula memang rapat dengan guru-guru dan rakan-rakan, siap berguling nak pergi sekolah.

"Jadi saya hubungi Sufian tanya minta izin beri Tiara ke sekolah dahulu dan syukur mereka tiada masalah dengan perkara tersebut," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain