suria

Teruk alahan hamil anak pertama... Intan Najuwa tak boleh bau kuda, nak muntah tengok pasu dan langsir di rumah

Intan sudah empat bulan tidak ke kandang kuda.

PELAKON Datin Intan Najuwa berkongsi alahan dialami sepanjang proses awal kehamilan anak pertamanya itu.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata sudah empat bulan dia tidak ke kandang kuda kerana berasa loya dengan bau persekitaran.

"Sebenarnya saya hampir empat bulan tak pergi kandang kuda dan sampai sekarang masih belum boleh pergi ke sana. Sebelum ini saya cium-cium kuda saya.

size NP 1 - 2024-07-19T123823.736

Intan dan suami bakal timang cahaya mata pertama.

"Ada satu masa itu saya belum tahu saya mengandung, jadi saya pergi ke kandang kuda macam biasa tiba-tiba saya bau kuda sangat pelik.

"Kemudian saya tanya suami, kenapa dengan bau tahi kuda.. adakah mereka tukar makanan kuda. Seminggu lepas itu baru saya tahu yang saya hamil," katanya.

Intan berkongsi pengalaman itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu bagaimanapun mengakui sedih kerana sudah lama tidak berjumpa dengan kuda kesayangannya.

"Nak cerita tentang bau tahi kuda pun saya rasa nak termuntah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bertiga, Intan Najuwa hamil anak sulung

ARTIKEL BERKAITAN: Individu tuduh tak bayar gaji pekerja, Intan Najuwa beri 24 jam bersemuka atau berdepan tindakan

"Saya sedih sebab rindukan kuda dan dah lama tak jumpa kuda putih saya," ujarnya.

Bukan sekadar alahan bau kuda, Intan turut memberitahu dia terpaksa menukar langsir dan kedudukan pasu bunga di rumah selepas disahkan hamil.

"Masa saya trimester pertama, saya emosi sangat-sangat. Langsir tu tak buat apa-apa pun, elok je selama ini dah tak fasal-fasal kena buka. Tak boleh nak abaikan, kita akan rasa benda itu mengganggu kehidupan kita.

"Pasu dekat rumah saya suruh orang gaji saya alihkan. Saya tak boleh tengok pasu tu depan saya, nak muntah. Padahal pasu tu saya yang beli, saya yang buat dekorasi.

"Bayangkan, muntah dan tak boleh makan, tapi itulah pembawakan (anak) saya rasa," katanya.

size NP 1 - 2024-07-19T123706.216

Intan berkongsi pengalaman alahan dialami di siaran langsung TikTok miliknya.

Pada Khamis, Intan mendedahkan dia sedang hamil anak pertama menerusi foto di Instagram memperlihatkan 'baby bump' pada bahagian perut.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

Intan sebelum ini pernah memberitahu mahu berehat daripada dunia seni buat sementara kerana ingin memberi focus kepada urusan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain