suria

“Merambu air mata kita dalam solat” - Syatilla Melvin sebak anak sulung tawar diri jadi imam

Syatilla sebak mendengar bacaan solat Syeriv yang berusia tujuh tahun.

SEJUK perut pelakon Syatilla Melvin apabila anak sulungnya iaitu Syeriv Samheizy menawarkan diri menjadi imam ketika mahu menunaikan solat Maghrib.

Sebak mendengar bacaan solat Syeriv itu, Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, berkata dia sama sekali tidak menyangka anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu mampu mengimamkan solat.

"Anak bubu (panggilan Syatilla) dah boleh jadi imam, ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam bubu bulan lepas.

Copy of Untitled - 2024-07-19T110521.702

Syatilla berkongsi perkar itu menerusi hantaran di Instagram.

"Merambu air mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat.

"Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh imam bubu solat Maghrib," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

Bersama kapsyen berkenaan, Syatilla turut berkongsi gambar memaparkan Syeriv sedang menunaikan solat.

Dalam pada itu, Syatilla trut meluahkan rasa bangga apabila Syeriv dengan rela hati mahu menjadi imam tanpa sebarang paksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pelakon hebat tapi isteri tak boleh tipu” - Syatilla Melvin sudah ‘masak’ sikap Shaheizy Sam, setiap hari doa dijauhkan gangguan pihak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari tak boleh gerak leher, rupanya Syatilla Melvin kena slip disc

"Tiada paksaan, dia sendiri mahu, sekarang aku faham erti bangga yang sungguh bangga," ujarnya.

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama pelakon Syaheizy Sam pada 8 Februari 2016.

Selain Syeriv, Syatilla dikurniakan dua orang lagi cahaya mata iaitu Sarima Samheizy, 5, dan Salama Samheizy, satu tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bapa Fikry Ibrahim meninggal dunia