suria

[V] Benjolan kelenjar buat Firman hilang keyakinan diri, belum ada masa buat pembedahan - “Tak bahaya tapi bimbang jadi kanser”

Firman menjelsakan ketumbuhannya tidaklah berbahaya.

PENYANYI Firman Siagian masih mempertimbangkan untuk membuang ketumbuhan kelenjar pada bahagian tengkuk kanannya sejak tiga tahun.

Meskipun tidak berbahaya, Firman, 45, menjelaskan dia dinasihatkan membuang ketumbuhan tersebut namun jadualnya yang padat sehingga tahun depan membuatkan dia berat membuat keputusan tersebut.

Apatah lagi proses pemulihan selepas pembedahan mengambil masa selama tiga bulan.

Copy of Untitled - 2024-07-18T170215.063

Firman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui mStar.

"Ada sedikit benjolan pada bahagian tengkuk kanan, saya sebenarnya sudah buat pemeriksaan doktor dan ia cuma kelenjar biasa.

"Kelenjar ini boleh dibuang melalui pembedahan tapi kena rehat tiga bulan.

"Saya nak buat tapi saya tak sanggup nak berehat selama tiga bulan mengenangkan kerja-kerja saya yang banyak. Tambahan pula saya ada kontrak sehingga awal tahun 2025," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tamak punya fasal, orang dah beri, tapi tak bersyukur” - Firman malu sendiri, netizen kecam kerana dakwa dapat berlian palsu

ARTIKEL BERKAITAN: “Penyakit ini sudah dua tahun tidak menyerang” - Firman akhirnya menyanyi atas kerusi

Penyanyi itu menjelaskan kelenjar berkenaan terjadi berpunca daripada gaya hidup yang tidak teratur dan corak pemakanan kurang sihat.

"Ia tidak bahaya, dan bukannya barah tapi penyebabnya daripada gaya hidup saya. Pola tidur tak teratur, selalu tidur lambat dan tak jaga makan.

"Cuma doktor risau kalau kelenjar ini boleh berubah menjadi kanser apabila ia tidak dirawat," ujarnya.

Copy of Untitled - 2024-07-18T170650.857

Firman mengikut saranan isterinya untuk menjalani pembedahan pada tahun depan.

Mengakui kewujudan kelenjar tersebut banyak memberi impak terhadap dirinya, Firman mengakui dia kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan khalayak ramai.

Justeru itu, dia sudah merancang untuk menjalani pembedahan pada tahun depan selepas menyelesaikan kerjanya.

"Tiada rasa sakit, tapi benjolan ini mengurangkan keyakinan diri saya sebenarnya. Saya tak selesa bila orang lain nampak benda itu.

"Mungkin habis dari kontrak awal tahun 2025 nanti baru saya buat pembedahan, isteri saya pun dah pesan untuk jangan ambil apa-apa kerja lagi dan fokus pada kesihatan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain