suria

Safwan Nazri bakal timang cahaya mata kedua, isteri hamil 7 bulan cuma mengidam putu mayam

Safwan memaklumkan isterinya sedang hamil tujuh bulan.

PELAKON Safwan Nazri berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya iaitu Lyna Khairul kini sedang hamil tujuh bulan.

Tidak menyangka bakal menambah cahaya mata dalam masa terdekat, Safwan atau Muhammad Safwan Mohammad Nazri, 30, menganggap kehadiran anak kedua itu merupakan kurniaan rezeki daripada Allah SWT.

"Alhamdulillah isteri saya sedang hamil tujuh bulan. Insya-Allah anak kedua kami akan dilahirkan pada awal Oktober ini.

Safwan teruja bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua.

Safwan teruja bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua.

"Saya terkejut dan tak sangka kerana ingatkan nak relaks dulu sebelum tambah zuriat. Tetapi tiba-tiba melekat pula, tak mengapalah saya anggap ia sebagai rezeki.

"Untuk kandungan kali ini, tidak ada sebarang tanda-tanda. Tahu-tahu sahaja isteri beritahu yang kami bakal menimang cahaya mata kedua," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Safwan memberitahu dia memasang impian untuk memiliki zuriat yang ramai dan tidak kisah sekiranya jarak umur anak-anak agak rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari bergelar suami, Safwan Nazri rasa janggal serumah dengan isteri... Terkejut 'followers' Instagram tiba-tiba melambung

ARTIKEL BERKAITAN: Safwan Nazri sedih anak masuk NICU akibat jangkitan kuman, bimbang emosi isteri sedang berpantang

Kata Pelakon filem Malbatt: Misi Bakara ini, jarak usia anak-anaknya yang dekat akan membuatkan hubungan adik-beradik menjadi lebih akrab.

"Sudah tentu saya gembira sangat sebab saya memang nak anak ramai. Kalau boleh tak mahu jarak umur terlalu jauh.

"Kalau lihat pada adik-beradik kami, beza dalam setahun dua tahun sahaja. Saya anggap jarak umur yang dekat ini membuatkan hubungan anak-anak nanti lebih akrab," ujarnya.

Berkongsi perjalanan kehamilan kedua isterinya itu, Safwan bersyukur kerana Lyna tidak mempunyai sebarang alahan teruk cuma hanya mengidam untuk menikmati putu mayam.

"Alhamdulillah kali ini isteri saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika hamil. Tidak seperti kandungan sebelum ini seperti alahan teruk.

Safwan berkongsi isterinya (kanan) mengidam makan putu mayam sewaktu hamil.

Safwan berkongsi isterinya (kanan) mengidam makan putu mayam sewaktu hamil.

"Cuma kali ni dia asyik minta nak makan putu mayam sahaja. Pening saya nak cari putu mayam dekat mana," katanya.

Untuk rekod, Safwan mendirikan rumah tangga dengan Lyna atau Fathin Nur Amalina pada 4 Mac 2022.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cinta Sofia yang dilahirkan pada 12 Mac tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain