suria

Hebat! Bakat baharu Marc Sadique boleh bertutur tujuh bahasa, pantang makan coklat

Marc sedia berdepan dengan kontroversi dunia seni.

BARU berjinak-jinak menjadi seorang aktor, personaliti media sosial Marc Sadique rupanya pernah menolak tawaran bergelar pelakon di Malaysia.

Marc atau Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman, 27, berkata sebelum ini dia beranggapan drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama dan membosankan.

Disebabkan itulah dia tidak berminat untuk menceburi dunia lakonan ini.

"Sebenarnya semasa pengikut saya meminta saya untuk jadi pelakon saya menolak. Saya tak nak jadi pelakon di Malaysia.

marc 3

Wajah Marc beri kelebihan pada dirinya.

"Saya menolak kerana kebanyakkan jalan cerita hampir sama malah ada juga pelakon yang kayu.

"Tapi kadang perkara yang kita tak nak itulah yang dapat," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi permulaan karier lakonan, Marc berkata bakatnya mula dicungkil dua penerbit terkenal Malaysia semasa melakukan siaran langsung di TikTok.

Dia bagaimanapun mengakui rupa parasnya yang kacak menjadi tarikan utama penerbit sebelum diminta menghadiri uji bakat.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun cuba cipta nama belum ada hasil, Faez Malek lali ditolak tapi tak putus asa - “Tak tergamak cipta kontroversi”

ARTIKEL BERKAITAN: Taruhan Tiktokers keluar lagu menjadi, terus trending selepas dilancarkan... Arul Rasheed belum sedia nyanyi live depan peminat

"Mereka awalnya bercakap mengenai rupa saya yang sesuai jadi pelakon tapi bila bertemu mereka cakap saya boleh berlakon.

"Jadi saya rasa rupa itu nombor dua tapi saya mampu bawa sesuatu watak itu dengan baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Marc mengakui drama pertama lakonannya berjudul Jangan Tinggal Abang Dek arahan Erma Fatimah telah menemukan dirinya dengan pelakon hebat lain seperti Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Adira dan ramai lagi.

Melalui drama itu dia menerima pengalaman dan nasihat yang membantu membuatkan dia lebih bersemangat meneruskan karier seni.

marc 2

Marc meminati dunia lakonan sejak dari kecil.

"Saya sebenarnya sangat gemuruh apabila digandingan bersama Adira sebab saya memang minat dia. Itu belum lagi dengan pelakon-pelakon lain.

"Sepanjang bersama mereka saya lihat mereka sangat menjadi diri sendiri malah tetap berlatih walaupun sudah lama bergelar pelakon.

"Walaupun saya baharu mereka tidak sombong malah kami juga saling bertukar nombor telefon," kongsinya.

Terbaharu, Marc sedang menjalani penggambaran drama Cinta Bukan Milik Kita arahan Haji Zil.

Berikut adalah fakta menarik tentang Marc Sadique.

1. Tak makan coklat kerana akan buat tubuh badannya kemerahan.

2. Boleh bercakap pelbagai dialek seperti Sabah, Sarawak, Kelantan.

3. Mahir tujuh bahasa seperti, Arab, Jepun dan Perancis.

4. Minat seni dan mahir dalam menghasilkan kaligrafi.

5. Seorang pakar motivasi mempunyai buku tulisannya sendiri.

6. Memiliki lebih 500,00 pengikut di aplikasi TikTok

7. Berketurunan Yaman.

8. Lahir di Bradford England namun di besaran di Johor Baharu.

9. Graduan (Universiti Islam Antarabangsa) UIA, jurusan English for International Communication.

10. Berkerja sebagai duta produk, dan model.

11. Suka berenang dan menyelam ketika waktu lapang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain