suria

[V] Tiada guna melenting sebab dikecam, Ruhainies semakin matang berdepan ujian

TENANG berdepan ujian, pelakon Ruhainies juga enggan ambil pusing apabila terus menerima kecaman pelbagai pihak yang terus melemparkan kata-kata buruk terhadap dirinya.

Bagi Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengambil langkah berdiam adalah yang terbaik untuk dilakukan agar tidak menimbulkan sebarang salah faham atau menghangatkan lagi perbalahan.

"Semua berhak untuk bercakap. Terpulang kepada mereka untuk kecam atau nak perli. Saya tidak akan melenting kerana enggan cetuskan pergaduhan. Saya mahu hidup tenang dan gembira.

ruhainies 2

Ruhainies mengharapkan segala ujian berakhir dengan baik.

"Saya maafkan semua orang," katanya kepada mStar.

Pelakon itu ditemui ketika majlis meraikan ulang tahunnya yang berlangsung di Lanai Anggun, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Nama Ruhainies antara yang hangat menjadi sebutan tahun ini susulan kes mahkamah berhubung dakwaan berkhalwat bersama aktor Aliff Aziz pada 9 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip dah bertunang merepek, Ruhainies tak mungkin berkahwin dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Biarpun nampak tenang, dia bagaimanapun akui ia bukanlah satu ujian yang mudah untuk ditempuh.

Mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Ruhainies juga kini lebih mendekatkan diri dengan agama untuk untuk dia menjadi lebih kuat.

"Sepanjang tempoh 10 tahun terlibat dalam industri, banyak rezeki yang telah Allah kurniakan. Tak terbanding dengan ujian saya hadapi sekarang ini. Saya harap akan menjadi lebih kuat dan lebih bersyukur.

Apabila berlaku perkara begini saya banyak dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mengingati-Nya

RUHAINIES

PELAKON

"Setiap yang berlaku ada hikmah dan ini adalah satu pengalaman berharga. Kalau tak berlaku mungkin saya tidak menjadi lebih matang.

"Apabila berlaku perkara begini saya banyak dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mengingati-Nya," ujarnya.

Istimewa sambutan ulang tahun kali ini, Ruhainies turut meraikan bersama-sama 30 pelajar tahfiz dalam sebuah majlis doa selamat.

ruhainies 3

Ruhainies berkongsi rezeki dengan anak-anak tahfiz.

Berharap isu mahkamah akan segera selesai, pelakon ini juga merancang untuk melancong mengeliling dunia sempena usia baharu.

"Memang setiap tahun akan buat doa selamat dan kemudian majlis bersama peminat. Cuma tahun ini lebih istimewa kerana ada anak-anak tahfiz yang turut memeriahkan majlis.

"Seperti yang semua orang tahu, tahun ini agak mencabar bagi saya. Saya target tahun ini juga mahu melancong ke lebih banyak negara dan berpeluang sekali lagi menunaikan ibadah umrah.

"Ketika dilanda ujian begini saya perlukan masa berehat dan 'healing' terutama demi menjaga kesihatan mental," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain