suria

‘Raja Sageuk’ datang Malaysia, Lee Joon Gi janji persembahan bertenaga 22 September

Lee Joon Gi buat pertama kalinya akan bertemu peminat di Malaysia.

PELAKON dan penyanyi Lee Joon Gi buat pertama kalinya bakal menemui peminat di Malaysia dalam acara Lee Joon Gi Asia Tour 2024 (Joongi's Day: Festival) yang akan berlangsung di Mega Star Arena pada 22 September ini.

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, peminat bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan Joon Gi, malah dapat menonton persembahan daripada selebriti Korea yang terkenal dengan gerak tari dan vokal yang mengagumkan.

Mengimbau kembali perjalanan karier Joon Gi, aktor berkenaan memulakan kerjayanya sebagai model dan hanya mendapat peluang berlakon menerusi watak sampingan sahaja.

Tiket akan dijual mulai 26 Julai ini.

Tiket akan dijual mulai 26 Julai ini.

Namun namanya mula meningkat naik selepas melakonkan watak utama menerusi filem The King and the Clown dan drama siri romantik My Girl.

Dalam pada itu, Joon Gi turut digelar sebagai 'Raja Sageuk' atau 'Raja Drama Bersejarah' kerana sering melakonkan watak utama dalam beberapa siri popular termasuk Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo, Scholar Who Walks the Night, Arang and the Magistrate dan Iljimae.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Joon Gi Berlakon Filem Hollywood

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Lee Joon Gi, Jeon Hye Bin Berakhir

Sepanjang pembabitan dalam dunia lakonan, Joon Gi pernah memenangi pelbagai anugerah daripada Anugerah Grand Bell Korea Selatan, Anugerah Drama SBS, Anugerah Drama KBS dan pencapaian luar negara dalam Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

Bagi peminat yang ingin bertemu dengan Seon Ho, tiket akan mula dijual pada 26 Julai, pukul 12 tengah hari di laman web Ticket2u.

Harga tiket bermula serendah RM358 sehingga RM668 untuk tiket VIP.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain