suria

Terima 100 video sertai sesi uji bakat, hanya 15 berjaya dipilih... Generasi DFP cungkil bakat muda baharu

Generasi DFP cungkil bakat baharu bagi mewarnai industri muzik tanah air.

BAGI menyokong landskap industri muzik dan seni tanah air, Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP.

Melalui inisiatif tersebut, pihak DFP menyediakan platform untuk penyanyi, penggubah dan pemuzik baharu untuk tampil bagi mempamerkan bakat terpendam mereka.

Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lalu berjaya menarik minat bakat muda untuk sertai sesi uji bakat dengan penerimaan sebanyak 100 buah video dari artis/band yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.

size NP 1 - 2024-07-20T122555.815

Ariana, Fadzly dan Syiqin antara peserta yang terpilih menyertai Generasi DFP.

Sesudah selesai sesi saringan oleh pihak juri DFP, seramai 15 artis/band disenarai pendek bagi membuat persembahan sulung di DFP.

Senarai lengkap artis solo yang berjaya membolosi peringkat pemilihan ini ialah Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone, Ruebben Chelvan, Dekwa Cuwa, Amrita Soon, Khalyn Mulyani, Jo Lixian dan Mardiana.

Manakala band yang terpilih ialah Meruked, LOKO, Saiko Rama, Cherry On Top dan Sounds Like Sunday.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra berpelukan siap pegang tangan... Keith Foo mengaku sudah lama kenal Tiz Zaqyah

ARTIKEL BERKAITAN: Kapsyen 'mine' bersama anak Keith Foo jadi perhatian, Riena Diana belum sedia kongsi berita gembira

Mereka yang terpilih akan membuat persembahan dalam tiga siri konsert yang sudah ditetapkan.

Konsert pertama bakal berlangsung pada Rabu, 24 Julai 2024 jam 8.30 malam yang akan menampilkan Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone dan LOKO.

Konsert Generasi DFP seterusnya bakal berlangsung pada 25 September dan 20 November 2024.

size NP 1 - 2024-07-20T122706.162

Band Loko dan Ee Vone antara peserta yang membuat persembahan untuk konsert pertama.

Generasi DFP ialah sebuah testimoni komitmen kami dalam melestarikan komuniti muzik yang rancak dan menjadi pentas untuk bakat seni artis-artis tanahair bersinar.

Peminat sudah boleh mendapatkan tiket di laman web DFP untuk melihat konsert berkenaan.

Harga tiket dijual menerusi beberapa kategori antaranya premium, RM149, A Reserve, RM129, B Reserve, RM109, C Reserve, RM99 dan Suite, RM169/RM189 seorang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain