suria

Hanya sekadar kawan, Keith Foo tak pernah bercinta dengan Tiz Zaqyah

Peminat masih mengaitkan Keith dan Tiz (kiri).

PELAKON Keith Foo kurang senang apabila ada segelintir pihak masih membangkitkan isu hubungannya dengan aktres Tiz Zaqyah.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Keith atau Foo Chuan Chin, 41, menjelaskan dia tidak pernah bercinta dengan Tiz seperti yang didakwa netizen sebelum ini.

“Sejak bila aku couple dengan Tiz. Aku pun tak tahu. Netizen yang lebih tahu.

Keith nafi pernah menjalin hubungan dengan Tiz.

Keith nafi pernah menjalin hubungan dengan Tiz.

“Tapi diri aku sendiri, yang hidup dalam badan aku, aku pun tak tahu aku couple dengan Tiz," katanya.

Keith berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang dibuat bersama Riena di TikTok miliknya.

Ketika melakukan siaran langsung, netizen mula membuat provokasi mengatakan Keith tidak sebahagia ini sewaktu bersama dengan Tiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra berpelukan siap pegang tangan... Keith Foo mengaku sudah lama kenal Tiz Zaqyah

ARTIKEL BERKAITAN: Kapsyen 'mine' bersama anak Keith Foo jadi perhatian, Riena Diana belum sedia kongsi berita gembira

Berang dengan tuduhan itu, Keith menyifatkan netizen hanya pandai membuat spekulasi dan mereka cerita tidak benar mengenai hubungannya dengan pelakon drama Nur Kasih itu.

"Sejak bila aku dengan Tiz? Mereka (netizen) ini semua pandai-pandai sahaja. Lepas tu buat cerita dongeng," ujarnya.

Pada Mei tahun lalu, aksi mesra Keith dan Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 36, berpengangan tangan dan berpelukan dalam satu rakaman video mengundang pertanyaa peminat yang mahu mengetahui status hubungan mereka.

Tampil menjawab spekulasi itu, Keith memberitahu hubungannya dengan Tiz hanyalah sekadar teman rapat dan tiada istilah cinta seperti tanggapan ramai.

Keith dan Riena kini sedang hangat bercinta.

Keith dan Riena kini sedang hangat bercinta.

Keith ketika ini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Reina Diana apabila aktres berkenaan sebelum ini mengakui dia sudah menemui kebahagiaan bersama pelakon tersebut.

Untuk info, Keith sebelum ini pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada November 2015 namun pasangan ini bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain