GARA-GARA kelihatan semakin langsing, ada yang beranggapan pelakon Abby Abadi menggunakan cara tidak sihat untuk mendapatkan berat badan itu. Menjawab mengenai perkara itu, Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 47, mengakui dia pernah melakukan pembedahan bariatrik sekitar tahun 2020. Namun pembedahan berkenaan dianggap tidak berjaya kerana dia tidak menjaga pemakanan dan melakukan senaman seperti disarankan doktor. Abby kongsi perjalanan dirinya menjadi kurus. "Saya buat bariatrik sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan saya gagal sebab mengharapkan keajaiban kurus! Padahal kalau tak jaga saya turun sikit saja," katanya. Abby berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan dirinya pernah memiliki badan berisi suatu ketika dahulu. Abby bagaimanapun meluahkan rasa kecewa apabila perubahan dirinya ketika ini mengundang pelbagai tanggapan negatif ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Hormat orang tua dan beradab, Abby Abadi kongsi video ‘menantu’ dalam mimpi ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada rasa ralat, Abby Abadi doa Marissa bahagia hidup berpoligami... Kongsi pekerjaan menantu sara 2 isteri Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube Kata Abby, kali ini dia mendapatkan berat badan yang ideal dengan cara yang sihat sekali gus menyangkal tuduhan netizen. "Ini sudah bertahun-tahun saya buntat, dua tahun kebelakangan ini berat saya dekat 80 kilogram. Tiada siapa pun peduli. "Bila kita kurus sebab jaga makan, buang nasi, buang gula sebab bersenam sebab detox tiba-tiba ada yang muncul komen menghentam. Macam iri sangat kenapa macam itu?" luahnya. Abby minta orang ramai jangan terlalu negatif. Dalam pada itu, Abby berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan inspirasi untuk orang ramai mendapatkan badan yang diidamkan. "Ambil jadi motivasi tak boleh ke? Kenapa mesti mencari salah? Buatlah apa-apa pun, tak jaga makan tak bersenam tak detox tetap bengkak juga. "Tak ada magik ya kalau tipa-tiap hari minum air gas tapi nak kurus... kurangkan hasad dengki itu ya," kongsinya. TONTON VIDEO PILIHAN!