suria

Batuk dan demam berpanjangan, anak Ryan Bakery masuk hospital akibat jangkitan kuman

Ryan bimbang lihat keadaan anaknya.

ANAK kepada personaliti media sosial Ryan Bakery dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami batuk dan demam berpanjangan sejak Selasa lalu.

Ryan memberitahu anaknya iaitu Ryan Ezra ketika ini di bawah pemantauan rapi selepas hasil pemeriksaan mendapati terdapat jangkitan kuman di dalam darah.

"Mulanya dia batuk, demam, selesema dan kurang aktif. Malam (Selasa) itu kami bawa dia ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Snapinsta.app_448668204_1687079908763810_2315883937723337851_n_1080 (1)

Ezra baharu sahaja berusia tujuh bulan.

"Tapi keesokan (Rabu) keadaan semakin baik namun hari ini panasnya kembali naik dan batuk bertambah teruk membuatkan kami bawa dia ke hospital semula.

"Doktor mengesahkan Ezra mempunyai kahak yang banyak di dalam paru-parunya," katanya kepada mStar.

Ryan yang baru bergelar bapa mengakui bimbang melihat anaknya menangis sehingga hilang suara kerana masalah kesihatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery sudah bergelar bapa, menangis anak masuk NICU sebab lahir tak cukup bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ryan Bakery hamil 5 bulan, dah siap fikir nama anak... Mahu buat ‘content’ bersama keluarga

Malah dia juga mengambil pengajaran agar tidak semudahnya membenarkan orang lain menyentuh bayi yang masih kecil.

"Sebelum ini dia tidak pernah demam seteruk ini... agak risau sebab ini pertama kali dan ia jadi pengajaran buat saya supaya tidak beri orang cium anak kita.

"Bila jadi macam ini, hanya saya dan isteri yang lalui bersama anak kami.

"Sebagai bapa saya terpaksa pura-pura kuat sebab isteri saya pun menangis melihat anak kami," ujarnya.

ryan 2

Ryan terus kuat demi anak dan isteri.

Dalam pada itu, Ryan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan anaknya yang kini berusia tujuh bulan.

"Saya harap semua pihak boleh doakan anak saya kembali sihat tubuh badannya," ujarnya.

Untuk rekod, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 dan Ezra dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain