suria

Netizen tegur Tiara berdengkur terlalu kuat, Achey ambil serius mahu bawa anak jumpa pakar

Achey bawa Tiara jumpa pakar untuk mengetahui lebih terperinci tentang dengkuran kuat anaknya semasa tidur.

GARA-GARA video anak berdengkur kuat ketika tidur, pelawak Achey mangambil teguran dan nasihat daripada netizen yang meminta dia membawa Tiara mendapatkan rawatan.

Mengambil serius mengenai perkara itu, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata dia juga risau dengan keadaan itu dan mahu membawa Tiara atau Nur Tiara Zinnirah bertemu pakar.

"Pertama, saya berterima kasih pada yang komen... kalau tak ada komen mungkin kami tak ambil tindakan tentang isu dengkur tu.

size NP 1 - 2024-07-19T152742.865

Netizen risau mendengar dengkuran kuat Tiara ketika sedang tidur.

"Memang rasa macam ada masalah, jadi kami akan bawa jumpa doktor pakar selepas ini, dah buat temu janji dah pun.

"Kita ambil komen tu pada sudut positif. Iyalah kami pun risau juga sebab dia seorang je anak kami, takut bila 40 orang cakap jadi betul," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Achey memberitahu kebiasaannya Tiara hanya akan berdengkur kuat apabila terlalu penat melakukan aktiviti harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil minat berniaga! Achey layan permintaan anak bisnes gula-gula, 2 jam ‘live’ jual 3,000 pek... “Yang nak membungkus ni mak bapa dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi lamar Tiara jadi duta, Achey terkedu sampai tidak boleh tidur... “Tapi dia tak suka pakai baju glamor”

Namun jika hari biasa, dengkuran Tiara tidaklah sekuat seperti dalam video yang tular itu.

"Dia kalau terlalu penat memang kuat berdengkur, tapi pada hari biasa normal je macam budak-budak biasa.

size NP 1 - 2024-07-19T152716.546

Achey dan isteri fikir positif tentang komen netizen tentang dengkuran anak mereka.

"Kami pun ada tunjuk video tu dan terangkan dengan baik-baik dan bertanya nak bawa dia jumpa doktor. Kemudian Tiara okay sahaja untuk berbuat demikian," jelasnya.

Sebelum ini, rakaman video Tiara sedang tidur menjadi perhatian netizen.

Ini kerana Tiara berdengkur terlalu kuat tidak seperti kanak-kanak normal.

Rata-rata netizen meminta Achey dan isteri membawa Tiara berjumpa pakar untuk mengetahui kondisi kesihatan anak mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain