suria

Mas Khan hilang sabar dituduh kaki pukul perempuan, sudah kumpul bukti fitnah terhadapnya - “Sediakan peguam, jumpa di mahkamah”

Mas Khan berang dengan dakwaan kaki pukul.

PELAKON Mas Khan hilang sabar apabila ada individu mendakwa dia seorang kaki pukul perempuan.

Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 30, berkata, selama ini dia tidak pernah peduli sekiranya difitnah namun dakwaan kaki pukul disifatkan sebagai sudah melampaui batas.

"Assalamualaikum, selamat pagi semua. Aku rasa akulah orang yang paling tak ambil peduli bila netizah fitnah dan 'bantai' saya. Tetapi kali ini sudah melampau.

"Lelaki ini fitnah cakap aku pukul perempuan. Ini melampau. Kau boleh tanya bekas kekasih aku, pernah ke aku angkat tangan pada mereka," katanya.

Komen yang ditulis netizen mendakwa Mas Khan seorang kaki pukul.

Komen yang ditulis netizen mendakwa Mas Khan seorang kaki pukul.

Mas Khan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Pelakon berkenaan berang apabila seorang netizen meninggalkan komen di hantaran Instagram mStar menuduh dia pernah memukul bekas tunangnya iaitu Diana Nasimuddin.

Individu tersebut juga mendakwa Mas Khan seorang yang berlagak seperti gangster.

Mas Khan memberitahu dia sudah mengumpul semua bukti komen yang ditulis lelaki itu dan bakal mengambil tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis tunang meriah dan mewah, nikah 25.5.2025... Pramugari bakal isteri Mas Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan 'sponsor' ibu dengan kawan-kawan tunai umrah, ambil pakej mewah bulan Ramadan RM12,000 seorang

Kata Mas Khan, fitnah dilemparkan sudah membabitkan maruah dirinya dan kerana itu dia tidak akan berdiam diri lagi.

"Bapa aku tak pernah ajar pukul perempuanlah. Ini sangat melampau. Aku ada bukti screenshot yang komen buruk tentang aku di media sosial, semua aku ada.

"Aku sekarang sudah ada dua keluarga untuk dijaga. Keluarga aku dan keluarga tunang. Ingat ini fasal maruah, kau nak main-main dengan aku, kan?

"Aku kena ajar orang yang buat buli siber ni. Sediakan wakil peguam kau, jumpa di mahkamah," ujarnya.

Mas Khan tidak lagi berdiam diri apabila dirinya difitnah.

Mas Khan tidak lagi berdiam diri apabila dirinya difitnah.

Sebelum ini, mStar melaporkan Mas Khan selamat melangsungkan pertunangan dengan Anatasha Diana pada 13 Julai lalu.

Dihadiri ahli keluarga dan teman rapat, majlis di sebuah restoran di Kuala Lumpur itu dilihat berlangsung meriah dan mewah.

Mas Khan sebelum itu menjalin hubungan cinta dengan Diana dan dilaporkan mengikat tali pertunangan pada November 2021.

Pun begitu, aktor berkenaan mengesahkan kembali solo sekali gus menjawab dakwaan hubungannya dengan Diana sudah berakhir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain