suria

Reman 6 hari pengajaran hidup, Alif Teega dan Aisyah Hijanah puji layanan SPRM - “Sakit sikit pun dibawa ke klinik”

Aisyah dan Alif dilayan baik oleh pihak SPRM dan anggap setiap yang jadi ada hikmahnya.

PASANGAN pempengaruh media sosial Alif Teega dan Aisyah Hijanah menyifatkan pengalaman direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari sebagai pengajaran bernilai dalam hidup mereka.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata, pengalaman itu juga menjadikan mereka sebagai manusia lebih matang dalam mengharungi cabaran hidup.

"Saya ambil ia sebagai satu pengalaman dalam hidup. Pada usia 26 tahun, kita rasai pengalaman sebegitu, sebelum ini kita ingat hidup kita selesa. Jadi kali ini Allah bagi 'rasa'.

size NP 1 - 2024-07-20T112313.405

Aisyah dan Alif berkongsi pengalaman direman SPRM menerusi siaran langsung di TikTok perniagaan mereka.

"Ini adalah pengalaman dan pengajaran untuk kami supaya menjadi manusia lebih matang.

"Semoga menjadi pengajaran dan pedoman untuk semua. Sekarang biar pihak berkuasa lakukan siasatan," katanya.

Aisyah berkongsi perkara itu ketika membuat sesi siaran langsung bersama Alif menerusi akaun TikToknya.

Berkongsi pengalaman sepanjang proses reman, Aisyah memberitahu dia dan suami diberi layanan cukup baik daripada pihak SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra berpelukan siap pegang tangan... Keith Foo mengaku sudah lama kenal Tiz Zaqyah

ARTIKEL BERKAITAN: Kapsyen 'mine' bersama anak Keith Foo jadi perhatian, Riena Diana belum sedia kongsi berita gembira

Menjelaskan kekeliruan segelintir pihak tentang penahanan mereka, Aisyah memberitahu dia dan Alif direman bukan bermaksud mereka bersalah.

Sebaliknya, tujuan mereka direman adalah untuk membantu siasatan dan belum pun dijatuhkan sebarang hukuman oleh mahkamah.

"Penahanan itu adalah reman untuk bantu siasatan. Belum dijatuhkan pertuduhan bersalah. Mungkin ramai ingat pakai gari dan baju oren sudah bersalah," jelasnya.

Sementara itu, Aisyah dan Alif memuji pihak SPRM yang disifatkan sebagai profesional sepanjang siasatan malah menjaga dan memberi layan baik terhadap mereka berdua.

sebelum ini kita ingat hidup kita selesa. Jadi kali ini Allah bagi 'rasa'.

AISYAH HIJANAH

PEMPENGARUH

Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, memberitahu tempat berehat yang diberikan bukan sahaja selesa malah makan minum mereka juga terjaga dengan baik.

"Alhamdulillah, ini adalah perkara yang boleh kami puji, segalanya dilakukan dengan sangat profesional dan pihak SPRM menjaga kami dengan sangat baik.

"Jaga makan minum dan tidur kami dengan baik. Saya masih ingat, walaupun hanya sakit sikit tapi mereka bawa ke klinik.

"Kami duduk dalam ruangan pejabat, ada penghawa dingin. Alhamdulillah kami dilayan dengan baik. Apa yang pegawai SPRM makan, itulah apa yang kami makan.

2795227

Aisyah dan Alif direman dan didakwa terlibat dalam kes salah guna kuasa.

"Kami diberi peluang untuk selesaikan dulu hal anak-anak selepas itu barulah kami bantu siasatan. Jaminan itu biasa, bila kita bantu siasatan kita boleh dijamin," jelasnya.

Pasangan itu sebelum ini direman bermula 11 Julai sehingga 16 Julai bagi membantu siasatan kes berhubung salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Mereka dibebaskan selepas membayar wang jaminan sebanyak RM200,000 namun perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain