suria

Achey susah hati anak sakit, Tiara bakal jalani pembedahan tonsil punca tidur berdengkur

Tiara (kiri) bakal menjalani pembedahan pada Selasa.

PELAWAK Achey memaklumkan anaknya iaitu Nur Tiara Zinnirah bakal menjalani pembedahan membuang tonsil pada Selasa.

Berharap pembedahan kecil itu berjalan lancar, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, turut meminta orang ramai mendoakan agar urusan anaknya itu dipermudahkan.

"Esok (Selasa) Tiara akan menjalani pembedahan kecil untuk tonsil yang membesar. Semoga doa semua yang menyayangi Tiara terus mengalir untuk dia.

Tiara kini menerima rawatan di hospital.

Tiara kini menerima rawatan di hospital.

"Tiara anak ayah yang kuat. Semua doakan awak sayang. Cepat sembuh Tiara," katanya.

Achey berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Achey memberitahu dia tidak kuat untuk melihat kesakitan yang ditanggung oleh Tiara namun berjanji akan melakukan yang terbaik bagi merawat anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur Tiara berdengkur terlalu kuat, Achey ambil serius mahu bawa anak jumpa pakar

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi lamar Tiara jadi duta, Achey terkedu sampai tidak boleh tidur... "Tapi dia tak suka pakai baju glamor"

Kata Achey, hasil pemeriksaan doktor mendapati punca Tiara berdengkur adalah disebabkan oleh tonsil yang membengkak.

"Ayah (panggilan Achey) kalau bab ini memang lembik sikit. Bagilah apa pun ayah rejah sahaja nak, bab awak sakit ni memang ayah kalah.

"Apa pun ayah buat sebaiknya. Mama awak kuatlah. Mak kan? Terima kasih yang menyarankan Tiara untuk buat pemeriksaan dan hasilnya doktor pakar menemui tonsil," ujarnya.

Achey berharap orang ramai mendoakan urusan pembedahan Tiara berjalan lancar.

Achey berharap orang ramai mendoakan urusan pembedahan Tiara berjalan lancar.

Sebelum ini, rakaman video Tiara sedang tidur menjadi perhatian netizen kerana dia berdengkur terlalu kuat tidak seperti kanak-kanak normal.

Rata-rata netizen meminta Achey dan isteri membawa Tiara berjumpa pakar untuk mengetahui kondisi kesihatan anak mereka.

Susulan itu, pelawak berkenaan mengambil teguran dan nasihat tersebut dengan positif dan bercadang mahu membawa Tiara bertemu pakar perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain