suria

Ajai sanggup melutut demi dapatkan Siti Sarah, melompat gembira impian jadi kenyataan

Ajai antara individu bertanggungjawab naikkan kerja seni arwah Sarah.

SEDAR bakat besar yang dimiliki oleh Allahyarham Siti Sarah, komposer Ajai pernah melutut bagi mendapatkan persetujuan untuk bekerjasama dengan penyanyi itu suatu ketika dahulu.

Berkongsi kejadian yang tidak diketahui ramai itu, bapa kepada Sarah iaitu Raissuddin Hamzah, 68, memberitahu Ajai ada datang bertemunya selepas anaknya itu memenangi satu pertandingan nyanyian di Kuala Lumpur pada tahun 2001.

Usaha itu bagaimanapun tidak berjaya kerana Sarah sudah mengikat perjanjian dengan sebuah syarikat rakaman lain.

raissuddin 1

Raisuddin menceritakan semula kerjasama di antara arwah Sarah dan Ajai.

Namun, Ajai tetap tidak berputus asa dan yakin bakal menciptakan sebuah lagu buat Sarah dalam album pertama arwah.

"Dia (Ajai) nak ambil arwah untuk bawa ke Warner Music. Selepas Sarah menang pertandingan itu, Ajai yang juga merupakan juri datang melutut dan minta tolong berikan Sarah kepadanya.

"Ketika itu saya katakan tidak boleh sebab sudah berjanji dengan Man Toba (pengurus NAR Records)... katanya kalau tidak boleh, izinkan dia (Ajai) untuk terlibat dalam album Sarah dan dia mahu berikan lagu," katanya.

Raissuddin berkongsi perkara tersebut dalam satu video di Instagram menceritakan semula bagaimana Ajai mula menjalinkan kerjasama dengan Sarah ketika awal pembabitan sebagai anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian akhirnya tercapai, Ajai teruja dapat cipta lagu OST ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’ untuk Awie

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai tahu Hafiz Suip ada masalah, nasihat jangan tinggalkan kerjaya seni... Dekatkan diri dengan Allah

Hasil kerjasama mereka itu maka terhasillah lagu Kesetiaan yang merupakan antara karya yang terus menjadi ingatan peminat selepas pemergian arwah.

Berkongsi mengenai penghasilan lagu itu, Raissuddin memberitahu proses rakaman lagu tersebut berjalan lancar dan Sarah berjaya melakukannya dengan baik.

"Selepas dah tandatangan kontak barulah lagu-lagu sampai termasuk Kesetiaan. Lagu itu Sarah banyak buat latihan di rumah. Di studio dia hanya nyanyi dua kali sahaja. Sekali percubaan dan satu lagi terus rakam.

"Ajai melompat sebab terlalu gembira. Mungkin apa yang dia mahukan sudah lama ditunggu," ujarnya.

ajai 1

Ajai berkerjasama bersama arwah Sarah menerusi lagu kesetiaan.

Ketika konsert ByAjai & Mega Friends yang berlangsung pada Sabtu lalu, lagu ini sekali lagi dipersembahakan di atas pentas dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah.

Untuk rekod Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 kira-kira pukul 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain