suria

[V] Nash dimarahi Jay Jay sebab lagu ‘Pada Syurga di Wajahmu’, imbau jasa arwah terhadap karier seninya

Nash menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat industri seni.

TERLALU banyak kenangan bersama, penyanyi Datuk Nash memberitahu Allahyarham Jay Jay memainkan peranan besar dalam perkembangan kerjaya seninya.

Mengimbau kenangan sepanjang perkenalan mereka itu, Nash atau Nashrudin Elias, 64, memberitahu dia pernah dimarahi ketika merakamkan lagu Pada Syurga di Wajahmu gara-gara tidak mampu menyampaikan penghayatan dengan baik.

"Dia adalah seorang insan yang sangat baik. Saya banyak sejarah dengan saya, dia menjaga tiga album saya dan dia juga mengendalikan album itu. Dia produce tiga album itu. Lagu Pada Syurga Di Wajahmu adalah air tangan dia.

Copy of Untitled (21)

Nash berkongsi perkara itu ketika hari pengembumian Allahyarham pada Isnin.

"Dia menggubah lagu dan memainkan muzik untuk lagu itu. Saya kena marah dengan dia ketika menyanyikan lagu itu kerana tiada penghayatan pada awalnya tapi disebabkan dia berikan sentuhan sebagai seorang komposer dan penerbit, saya terima hakikat itu.

"Boleh dikatakan saya fed up ketika rakaman tapi dia bagi saya semangat sebab lagu itu tinggi dan lagu itu berceritakan mengenai kisah rumahtangga. Dia pula memberikan sepenuh jiwanya terhadap lagu itu, Alhamdulillah lagu itu menjadi lagu yang sangat hebat dan saya tidak akan lupakan jasanya,” katanya.

Nash berkongsi perkara itu ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang Subang Jaya, Selangor pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Jay Jay selamat dikebumikan, keluarga dan rakan artis hadir beri penghormatan terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay luah hasrat beli kereta baharu selepas keluar hospital, pesan anak jaga ibu

Dalam pada itu, Nash berkata dia sempat bertemu Jay Jay buat kali terakhir semasa arwah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Malah dia menyifatkan arwah sebagai rakan yang baik dan akan merindui segala kenangan mereka bersama.

"Banyak yang kami kongsi dalam studio ketika rakaman. Saya banyak belajar ilmu dengan dia, ilmu nyanyian dia sangat mantap, dan dia juga seorang sahabat, komposer, penggubah lagu dan pemuzik yang baik.

Kita hilang sebutir mutiara dalam negara kita.

DATUK NASH

PENYANYI

"Kita rasa sangat kehilangan, kita hilang sebutir mutiara dalam negara kita. Gurau senda, ketawa, marah, semuanya ada.

"Alhamdulillah Allah beri keizinan pada saya untuk bertemunya dan melawatnya di IJN ketika dia masih dalam rawatan. Harapan saya kita semua dapat mendoakan dia agar Allah angkat darjatnya dan masukkan dia ke dalam syurga serta ampunkan segala dosanya,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Copy of Untitled (14)

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada pagi Isnin.

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.27 malam Ahad.

Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain