suria

Jenazah Jay Jay selamat dikebumikan, keluarga dan rakan artis hadir beri penghormatan terakhir

Rakan-rakan artis turut memberi penghormatan terkahir buat Allahyarham.

JENAZAH Allahyraham penyanyi Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor, Kira-kira pukul 11.15 pagi, Isnin.

Kira-kira 200 orang keluarga dan sahabat andai hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allayharham.

Antara rakan artis yang dilihat turut hadir ialah Datuk Hattan, Zamani, Datuk Nash dan Datuk DJ Dave.

Copy of Untitled (16)

Jenazah Allayraham telah pun selamat dikebumikan.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Jay Jay atau Mohd Fauzi Darus, 67, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thompson Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor pada pukul 9.27 malam Ahad.

Menurut isteri Allahyarham iaitu Zaitoon Wahid, suaminya berdepan komplikasi organ dalaman selepas menjalani pembedahan pintasan jantung sejak Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay tak tunjuk tanda sakit, isteri reda pemergian suami

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Jay Jay meninggal dunia

Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lalu.

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain