suria

Sharifah Zarina buat comeback, muncul lagu baharu wakili generasi 4 series... Bagi mesej ‘40 masih muda’

Zarina berharap lagu terbaharunya mampu menambat hati pendengar.

SETELAH sekian lama menyepi, penyanyi Sharifah Zarina kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi lagu terbaharu berjudul 40.

Mempunyai mesej tersendiri, Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, menyifatkan lagu ini sebagai pembakar semangat buat mereka yang sudah menginjak usia 40-an untuk terus yakin menjalani kehidupan.

"40 adalah sebuah lagu yang mewakili mereka yang berada dalam lingkungan umur 40-an dengan mesej '40 masih muda' dan menjadi seruan untuk menyambut kehidupan dengan semangat dan keyakinan.

Copy of Untitled (26)

Zarina berharap lagu terbaharunya mampu membakar semangat pendengar.

"Pesan yang terkandung di dalam lagu ini bukanlah sekadar rekaan, tetapi representasi yang jujur dan menyentuh bagi individu yang telah memasuki dekad keempat kehidupan mereka.

"Menegaskan bahawa usia hanyalah angka dan semangatlah yang sebenarnya menentukan bagaimana kita menghayati kehidupan," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Aktif berhubung dengan peminat di TikTok, Zarina menjadikan platform tersebut sebagai medan untuk dia mempromosikan karyanya memandangkan lagu untuk kumpulan usianya tidak begitu banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian Sharifah Zarina berakhir di hospital, wajah suami bertukar pucat selepas makan durian

ARTIKEL BERKAITAN: Sepanjang kahwin, ini kali pertama Sharifah Zarina tengok suami menangis... “Cara dia layan dan sayang ibu lain macam”

Malah dia bersyukur kewujudan aplikasi TikTok telah membuka peluang buat dirinya untuk kekal relevan dalam industri.

"Lagu ini sebuah karya yang tidak hanya mencerminkan keaslian dan identiti sebagai seorang artis, tetapi juga mencuba menghadirkan sesuatu yang boleh menjadi pelengkap pada platform TikTok.

"Saya percaya, dalam menggarap lagu ini, ia tidak hanya berfokus pada penciptaan lagu yang enak didengar, tetapi juga berusaha menyampaikan pesan positif kepada pendengar," ujarnya.

Copy of Untitled (27)

Zarina merancang untuk mempromosikan lagunya menerusi TikTok.

Sementara itu, Zarina berharap lagu terbaharunya itu dapat memikat hati semua pendengar daripada pelbagai peringkat lapisan umur.

"Saya sangat berharap lagu ini tidak hanya mampu memberikan inspirasi, tetapi juga mampu menggetarkan hati setiap pendengar, dari segala kalangan usia yang ada di masyarakat," kongsinya.

Lagu berjudul 40 ini merupakan hasil ciptaan Fahimi, Glowrush, Eugene Lai serta lirik oleh Mal Hamka.

Lagu ini bakal menemui pendengar di semua platform penstriman muzik bermula Ogos ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain