suria

Bekas suami dikenali selepas kahwin Lufya, mutaah RM1 juta jumlah munasabah - “Saya perlahan kerjaya demi menjaganya”

Lufya mahu menunut hak terbaik buat dirinya.

LEBIH setahun berlarutan, pelakon Lufya Omar terus mengharapkan keputusan terbaik dalam tuntutan mutaah terhadap bekas suaminya iaitu Dr Che Hafiz.

Bagi Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 39, tuntutan berjumlah RM1 juta yang dibuat sebelum ini adalah sebagai menghargai pengorbanannya ketika mereka masih bergelar suami isteri.

"Saya harap mahkamah dapat membuat keputusan mutaah yang munasabah atas pengorbanan saya selama ini.

lufya 2

Kes tuntutan mutaah melibatkan Lufya dan bekas suami masih belum selesai.

"Selepas berkahwin saya perlahankan kerjaya seni demi menjaga suami," katanya ketika dihubungi mStar.

Lufya dan Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Hafiz Che Baharum hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu bagi perbicaraan kes berkenaan.

Pada perbicaraan itu, Dr Che Hafiz selaku defendan kes memberi keterangan berhubung kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengorbanan Lufya bernilai RM1 juta, dituduh mata duitan buat tuntutan Mutaah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lufya Omar buat tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suami, proses sulh gagal capai kata sepakat

Peguam syarie yang mewakili Lufya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu pada perbicaraan itu antara perkara yang dibangkitkan adalah tentang sumbangan Lufya terhadap karier defendan.

"Dalam sesi hari ini antara yang dibangkitkan adalah sumbangan Lufya terhadap kerjaya bekas suami. Dia menjadi terkenal disebabkan berkahwin dengan Lufya.

"Jika tiada Lufya, nama tidak melonjak naik dan kerjayanya tidak berkembang," ujarnya.

Dia menjadi terkenal disebabkan berkahwin dengan Lufya

FAKHRUL AZMAN ABU HASSAN

PEGUAM SYARIE

Prosiding yang berlangsung di hadapan hakim syarie Salehan Yatim itu disambung bicara pada 6 November depan.

Lufya memfailkan tuntutan mutaah terhadap Dr Che Hafiz pada Oktober 2022.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.

lufya 3

Lufya bersama peguam mewakilinya.

Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Laan Haura, yang kini berusia 7 tahun.

Dr Che Hafiz kemudian berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain