PELAKON Riz Amin terpaksa dikejarkan ke klinik selepas disenggat serangga berbisa ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama pada Selasa. Riz atau Norizam Amin Nordin, 39, berkata pada awalnya dia menganggap ia perkara biasa memandangkan di set penggambaran terdapat pasukan Bomba yang menjaga lokasi. Malah dia sempat meneruskan penggambaran dalam menahan kesakitan kerana enggan menyusahkan pihak produksi. Keadaan Riz ketika dikejarkan ke klinik. "Ketika babak berbaring di atas batu secara tidak sengaja digigit serangga berbisa. Babak tersebut agak berat ada Bomba ketika itu. "Selepas kena senggat terus beritahu Elizad dan dia tanya saya okay ke tidak. Tapi saya tetap teruskan sebab fikir ada Bomba di situ," katanya. Riz berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Rabu yang memaparkan wajahnya sudah tidak membengkak lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan dah tak laku, Riz Amin ceburi perniagaan mahu keluarga hidup selesa ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ‘scammer’ gara-gara bisnes didakwa tiada produk, Riz Amin tak patah semangat bantu usahawan baharu Sebelum ini, Riz berkongsi wajahnya yang bengkak dan mata kemerahan sekali gus mendapat pertanyaan peminat. Bagaimanapun selepas bertahan beberapa minit, tubuh badannya memberi tindak balas berlainan sekali gus menyebabkan muka dan kepalanya bengkak. Dia segera dihantar ke klinik berhampiran oleh kru produksi untuk mendapatkan rawatan segera dan kini sedang beransur pulih. Riz tetap profesional dengan kerjayanya. "Beberapa minit saya tak tahan saya terus bangun dari batu...kepala saya bengkak dan muka mula kebas. "Badan rasa pelik terus dihantar ke klinik terima dua drip dan tiga suntikan. Sekarang saya sudah semakin membaik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!