ANAK kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintik pihak mendakwa dia menumpang kekayaan ibunya. Lebih mengecewakan, kecaman tersebut dilemparkan oleh orang Melayu yang seagama dengannnya. Kata Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, dia bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang senang hasil dari jerih payah serta usaha keras ibunya selama ini. Cik B berkongsi luahan hati tersebut menerusi hantaran di TikTok. "Kadang saya tak faham, kenapa orang persoalkan kehidupan saya. Kebanyakannya datang daripada orang yang sebangsa dan seagama. "Saya sangat bersyukur dianugerahkan seorang ibu yang hebat, yang dapat penuhi keperluan dan kemahuan saya. "Mama (panggilan Vida) bekerja keras siang dan malam untuk pastikan kami tidak hidup susah," katanya. Cik B berkongsi luahan hati berkenaan menerusi hantaran video di TikTok miliknya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main Cik B bersolek siap pakai ‘wig’, netizen cakap macam Vida ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perasaan rindu terhadap bapa kandung, Cik B trauma dengan insan bergelar lelaki Dalam pada itu, Cik B turut mengagumi kejayaan Vida dalam bidang perniagaan malah bercita-cita besar untuk mengikuti jejak langkah ibunya suatu hari nanti. Meskipun tidak mampu menjadi sehabat Vida namun Cik B tetap mengharapkan netizen untuk mendoakan kejayaannya. "Saya kagum sangat dengan mama, yang membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi seperti dia satu hari nanti. "Mungkin saya tak akan menjadi hebat seperti mama tapi harap awak semua boleh doakan saya, semoga saya jadi seorang yang berjaya macam mama," ujarnya. Cik B mahu mengikut jejak langkah ibunya. Untuk rekod, Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan penceraian. Cik B merupakan anak hasil daripada perkahwinan pertama Vida bersama Mohammad Amin Yasin. Selain Cik B, pasangan tersebut turut dikurnikan tiga orang cahya mata lelaki termasuk Eric Zaquan atau Kacak. Bagaimanapun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!