suria

Jika ditakdirkan ‘pergi’ dahulu, Azhar Sulaiman mahu anak lelaki imamkan solat jenazah

Azhar mahu Rees belajar cara jadi imam solat jenazah.

PELAKON Azhar Sulaiman meluahkan hasrat untuk melihat anak lelakinya iaitu Andika Rees Pahamin menjadi imam solat jenazah jika dia ditakdirkan meninggal dunia suatu hari nanti.

Azhar, 53, berkata, mahu Andika mempelajari rukan dan cara sembahyang jenazah apatah lagi seorang anak lelaki lebih afdal melakukan perkara itu jika berlaku kematian.

Kongsinya, dia sebelum ini tidak sempat mengimamkan jenazah arwah bapanya kerana berada di luar negara selain tidak mempunyai ilmu mengenai pengurusan jenazah.

size NP 1 - 2024-08-07T114958.492

Azhar pasang niat mahu Rees jadi imam untuk solat jenazahnya.

"Saya tiada di Malaysia ketika arwah bapa meninggal dunia dulu dan tak tahu pun cara melakukannya.

"Jadi sekarang saya kena ajar Rees menjadi imam sembahyangkan saya nanti.

“Anak lelaki wajib sembahyangkan jenazah ayah mereka sendiri menurut Ustaz Azhar Idrus,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibik makin pulih selepas dirasuk 3 jin, Aliff Syukri bersumpah cerita sihir bukan gimik jual produk

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Syukri naik angin lagi, minta bapa kepada ikon fesyen bayar hutang... Siap sedia ambil tindakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong hasrat Azhar dan berdoa semoga urusan Rees menimba ilmu tersebut dipermudahkan.

"Semoga Allah makbulkan apa yang dihajati ayahnya. Semoga Rees jadi anak yang berjasa di dunia dan akhirat buat ibu bapanya.

"Tahniah Azhar memikirkan masa depan. Satu hari saya akan buat perkara yang sama.

size NP 1 - 2024-08-07T115012.782

Rees dan Leona merupakan anak kembar Azhar.

"Bagus Azhar, semoga ia menjadi pengajaran dan teladan buat mereka di luar sana untuk ambil berat tentang pengurusan jenazah," tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 1996.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 24, serta pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 22 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain