suria

Sekarang lebih matang hadap tekanan, rupanya ini cara Sissy Imann luah perasaan

Sissy ada cara atasi tekanan.

PERNAH melalui fasa jatuh bangun dalam kerjaya seni, penyanyi Sissy Imann memberitahu dia kini lebih matang dalam berdepan tekanan yang boleh menggangu emosinya.

Kata Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, bukan sekadar tekanan kerja, malah perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar sebelum ini juga memberi kesan terhadap emosi dan mentalnya.

"Banyak benda yang boleh buat rasa tertekan. Masalah belajar antara salah satunya. Selain itu dalam kerjaya saya perlu sentiasa mencapai tahap kepuasan orang di luar. Jadi masalah tekanan itu akan datang.

sissy 2

Muzik antara cara Sissy atasi tekanan.

"Perjalanan kerjaya saya juga tidaklah lancar seperti sesetengah artis. Sebab itulah yang membuatkan saya lebih banyak berfikir untuk susun strategi.

"Sudah pelbagai saya lalui dan kita kenalah bijak cari jalan untuk lupakan masalah atau tidak terlalu berfikir. Cuma saya tidak tahu akan datang bagaimana," katanya kepada mStar.

Sissy berkongsi perkara tersebut ketika sama-sama hadir dalam acara kempen Mental BeCalm You Can Be Okay bersama stesen radio Suria FM.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann sebak program master hampir tamat, harap pendidikan bentuk diri jadi lebih sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann anggap bidang muzik tak lagi berpihak kepadanya, mohon maaf persembahan mengecewakan

Tambah penyanyi ini setiap individu juga perlu tahu cara tersendiri untuk mengatasi masalah tekanan agar tidak memberi kesan lebih buruk terhadap kesihatan mental.

Sebagai seorang yang mahir dalam muzik, Sissy memanfaatkan minatnya untuk menghilangkan rasa tekanan.

"Rasa tidak mahu bercakap dengan orang dan hanya duduk dalam bilik sahaja itu pernah berlaku. Mujulah saya tinggal bersama keluarga dan mereka memainkan peranan jika melihat perubahan dalam diri saya.

sissy 3

Sissy kongsi nasihat berdepan tekanan.

"Saya juga beruntung boleh bermain instrumen. Sekurang-kurangnya saya boleh luahkan perasaan kepada piano," ujarnya.

Dalam masa sama, Sissy juga menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah menggunakan terma berkaitan masalah mental yang boleh mengundang salah faham.

"Terma anxiety dan depresi adalah sangat berat kerana ia berpunca daripada masalah berpanjangan. Kena berhati-hati menggunakan terma sebegitu.

"Jika ada rasa tekanan berpanjangan sila dapatkan nasihat pakar," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain