suria

Fikry Kiki sedih saudara mara jauhkan diri sejak bapa tiada, kongsi luahan hati bukan mahu buka aib keluarga

Fikry kecewa apabila dipinggirkan saudara mara.

SELEPAS pemergian bapa tercinta dua tahun lalu, penyanyi Fikry Kiki mendedahkan dia dan keluarganya kehilangan tempat untuk bergantung.

Fikry atau Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, 20, meluahkan rasa sedih apabila saudara-mara yang sepatutnya menjadi penyokong di sisi dikatakan mula bertindak menjauhkan diri.

Lebih mengecewakan apabila Fikry mendakwa ibunya turut dilemparkan dengan kata-kata cacian.

Copy of Untitled (31)

Fikry hilang tempat bergantung selepas pemergian bapa.

"Apabila kehilangan ayah, saya rasa macam tulang belakang saya dah hilang. Sumber kekuatan itu sudah tiada.

"Jadi bila tak ada ayah, tentulah saya mengharapkan darah daging saya sendiri untuk bantu dan sokong saya.

"Rupanya keluarga sendiri bukan sahaja tidak membantu malah mereka bagi kata-kata hinaan pula kepada ibu saya," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan dibela ‘sugar mummy’ fitnah jahat, Fikry Kiki masih tahu dosa dan pahala... Modal bisnes RM600,000 duit simpanan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan berkenalan dengan ‘anak ikan’, mahu belajar cara hidup mereka

Fikry mengulas mengenai perkara itu susulan luahan hatinya yang ditulis di InstaStory pada Isnin.

Sementara itu, Fikry memberitahu perkongsian itu bukanlah untuk mencanang aib sesiapa, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk saling membantu ahli keluarga yang memerlukan.

"Saya bukan mahu ceritakan keburukan saudara-mara saya tapi perkongsian saya semalam itu sebab saya agak sedih dengan apa yang terjadi.

Copy of Untitled (30)

Fokus Fikry kini mahu membahagiakan ibunya.

"Dalam masa sama, saya nak beri kesedaran kepada orang di luar untuk hargai dan bantu anggota keluarga lain terutama mereka yang dalam kesusahan," jelasnya.

Dalam pada itu, Fikry memberitahu keluarganya kini masih berada dalam fasa untuk memulihkan semula semangat yang hilang selepas ketiadaan bapanya.

"Keluarga saya masih lagi dalam fasa untuk pulih tapi tidak pulih sepenuhnya. Kami masih mencari semangat yang lama hilang itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain