suria

Reda menerima takdir... Bella Astillah kongsi keadaan terkini, lebih tenang bahagia bersama anak-anak

Bella syukur anak-anak menjadi pemberi semangat.

MENJALANI kehidupan lebih tenang selepas bercerai, pelakon Bella Astillah menyifatkan perpisahan dengan bekas suami iaitu Aliff Aziz memberi hikmah buat dirinya.

Menurut Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia percaya setiap apa yang berlaku termasuklah kehadiran seseorang membawa sesuatu pengajaran dalam hidup.

"Sedikit perkongsian daripada saya, sebenarnya apa pun yang jadi dalam hidup kita terutama orang-orang yang pernah hadir, yang ada dalam hidup kita semuanya bersebab.

bella 1kit

Bella kelihatan ceria di video yang dikongsikan di TikTok.

"Kadang-kadang mereka hadir memberi semangat, ada yang memberikan pengajaran atau pun memberikan peringatan kepada hidup kita.

"Jadi macam-macam lagi, kita hanya perlu reda dengan takdir dan belajar daripada kesilapan hidup. Apa-apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. Itu yang paling terbaik," katanya di sebuah video TikTok.

Berkongsi kehidupannya ketika ini, Bella memberitahu dia menjalani kehidupan penuh bahagia di sisi anak-anak dan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangisan Bella Astillah nampak real, netizen kagum mampu mengalirkan air mata depan kamera

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen serbu IG Bella Astillah, komen Puteri Sarah buat ramai terhibur... “Awak pandai menangis tak?”

Malah Bella berkata dia juga sudah berdamai dengan takdir tertulis dan kini lebih menghargai insan-insan yang sentiasa ada di sisi.

"Saya nak kongsi tentang keadaan saya dengan semua. Buat masa sekarang ni ramai yang nampak saya gembira bersama anak-anak. Lepas itu terasa lebih tenang, Alhamdulillah.

"Sebenarnya saya nak buat video ini sebab nak ucapkan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada rata-rata yang beri sokongan, peminat dan terutama keluarga saya yang sentiasa ada bagi semangat.

bella 12311

Bella bersama dua anaknya iaitu Ara dan Ayden.

"Macam yang saya lalui sekaranglah, saya terima semuanya dengan berlapang dada dan jalani hidup seperti biasa kerana apa yang paling penting saya masih ada kedua orang tua saya dan anak-anak dalam hidup saya. Alhamdulillah," ujarnya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff Aziz bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain