PERTAMA kali melalui proses kehamilan, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan dia sering menerima nasihat dan pesanan daripada ibunya iaitu Nafizah Mohd Sahid. Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, ibunya itu tidak pernah lupa menghantar mesej memberikan pesanan dan ingatan setiap hari. "Tiap hari ada pesanan dari mama. Pesanan hari ini ya rakan-rakan," katanya menerusi satu perkongsian di Instastory pada pagi Selasa. Ibu Intan mahukann yang terbaik untuk cucunya. Dalam hantaran tersebut, Intan turut memuat naik paparan skrin perbualannya bersama ibu. Malah pelakon yang terkenal dengan drama Jesnita itu turut menyambut baik pesanan berkenaan. Dalam mesej tersebut, ibunya menasihati Intan agar mendedahkan lebih banyak ayat suci al-Quran kepada anak dalam kandungan. ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa ada pendapatan sendiri, tak harap duit suami... “Saya dah penat dengan kata-kata orang” ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut kelahiran anak pertama, Intan Najuwa bakal terbang ke London ‘shopping’ barangan bayi Malah, dia turut berpesan supaya aktres itu terlalu sibuk memikirkan mengenai perbelanjaan barangan bayi. "Baby dah boleh pasang-pasangkan ayat-ayat Quran dekat perut. "Biar dia didedahkan dengan zikir-zikir, dengarkan ayat-ayat. Dah boleh mula dah. Intan terima baik pesanan ibunya. "Jangan asyik dengar zikir mummy dia shopping saja. Hari-hari buka macam-macam surah," pesannya. Sebelum ini, Intan memaklumkan bakal terbang ke Kota London bagi membeli keperluan cahaya mata pertama. Untuk rekod, Intan bernikah dengan Azraf pada 18 Ogos tahun lalu. Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira bahawa dia sedang hamil anak pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!