suria

Isteri bersalin anak perempuan, Ameerul Asyraf terlalu gembira sampai tak boleh tidur

Ameerul teruja kini bergelar bapa.

ISTERI kepada pelakon Ameerul Asyraf iaitu Nurul Nasirah Khalid selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pukul 7.42 petang Isnin.

Bayi perempuan seberat 3.13 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Cyberjaya.

Berkongsi rasa gembira, Ameerul atau Ameerul Asyrah Mohammad, 33, turut meluahkan rasa syukur atas rezeki dan kurniaan yang diberikan.

“Sukar nak gambarkan dengan kata-kata. Sebelum ini pernah berlakon pegang bayi, tapi dalam kehidupan ini beza sungguh rasanya.

meerul1 - 1

Ameerul bersyukur isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka secara normal.

“Walau dah penat teman isteri seharian di hospital, saya rasa tak boleh tidur sebab terlalu gembira. Malah saya hampir kena halau dengan pengawal hospital sebab waktu melawat sudah tamat.

“Rasa nak belanja orang makan sebab bersyukur segala urusan dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut, Ameerul sempat menemani isteri di bilik bersalin dan menyaksikan sendiri proses melahirkan bayi mereka.

Malah pelakon ini juga turut meluahkan rasa sebak melihat isterinya yang mula mengalamai kontraksi sebelum melalui proses melahirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Patuh arahan pengarah, Ameerul Asyraf tetap lakon babak intim walau dilarang isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Ameerul Asyraf kini sudah bergelar suami, rezeki mencurah-curah selepas pasang niat kahwin teman wanita

"Awalnya saya rasa mungkin isteri akan bersalin sekitar pukul 10 malam, tetapi selepas saya selesai solat Maghrib (Isnin) jururawat terus panggil ke bilik bersalin.

"Melihat isteri menahan sakit saya juga tidak dapat menahan rasa sebak. Kita tidak rasa apa yang dirasakan. Saya hanya mampu berdoa sahaja untuk isteri,"ujarnya.

Pasangan ini memilihan nama Ammara Medina untuk bayi sulung mereka.

Ameerul juga sedia berkongsi wajah anaknya itu kerana menganggap kelahiran bayi sulung ini sebagai pembuka pintu rezeki buatnya.

ameerul 2

Ameerul menganggap anak sulungnya sebagai pembuka pintu rezeki.

"Ketika menunggu isteri di hospital ada produksi yang hubungi untuk beri tawaran kerja. Malah ada satu lagi drama yang akan memulakan penggambaran. Saya sempat berkata setuju selepas isteri bersalin.

"Anak ini adalah rezeki. Dia membawa rezeki buat saya dalam kerjaya juga," jelasnya.

Untuk rekod Ameerul dan isteri bernikah pada 23 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain