suria

Ara Johari semakin matang layan kerenah netizen, tak mudah melenting kecuali sentuh satu perkara

Ara sudah lali dengan komen netizen.

LAPAN tahun berada dalam industri seni, penyanyi Ara Johari mendedahkan dirinya pernah menjadi bahan kritikan netizen di awal kemunculannya.

Memgimbau perkara itu, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 27, berkata kejadian tersebut berlaku selepas dia meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).

Cerita Ara, ketika itu dia dibandingkan dengan penyanyi Misha Omar yang berada dikedudukan ketiga dalam pertandingan berkenaan.

2835208

Ara imbau kembali saat teruk dikecam netizen.

"Saya paling terkesan semasa AJL33 di mana ketika itu saya mendapat tempat kedua melalui lagu Bunga mengalahkan Misha Omar di tempat ketiga.

"Masa itu saya dikecam teruk dan dibandingkan dengan Misha selain mereka menganggap saya tidak layak kemenangan itu," katanya kepada mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Ara berkata ketika itu dia terasa dipandang serong oleh orang sekeliling sehingga takut untuk muncul di khalayak ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Peminat lelaki ‘berselera’ imej tomboi, Ara Johari tampil feminin bukan sebab elak gangguan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Masih dalam fasa mencuba, Ara Johari sanggup belanja besar demi ‘Menjaga Jodoh Orang lain’

Malah keadaan mentalnya juga terganggu kerana tidak mampu menerima segala kritikan netizen secara terbuka.

"Masa itu saya baharu lagi dan mental saya sangat tak kuat. Saya tak tahu nak kawal situasi agar orang tak benci saya.

"Saya takut jumpa orang. Bila jumpa orang saya rasa mereka tidak suka saya walaupun pandangan mereka itu biasa sahaja sebenarnya," luahnya.

Bila sentuh keluarga mungkin saya akan melenting.

ARA JOHARI

PENYANYI

Bagaimanapun selepas hampir sedekad bergelar penyanyi, dia semakin memahami ragam netizen yang mahukan layanan dan perhatian.

Disebabkan itu, dia kini berlapang dada dengan segala komen netizen malah menjadikan ia sebagai satu panduan untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

"Tapi bila sudah lama di dalam industri ini saya mula sebati dengan komen netizen. Saya pun tak kisah orang nak mengecam saya tapi jangan sentuh keluarga saya. Bila sentuh keluarga mungkin saya akan melenting.

1 (1)

Ara kini lebih berani dengan komen netizen.

"Saya tahu netizen sukakan layanan dan perhatian, jadi saya ambil komen dari sudut positif dan ubah diri jadi seperti mereka mahukan.

"Itu juga antara sebab saya muncul dengan lagu baharu berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain.

"Jadi sekarang saya memilih untuk membaca dan melepaskan ia pergi sebab saya bukan jenis membalas," jelasnya.

Untuk rekod, Ara meraih naib juara di AJL33 menerusi lagu Bunga yang merupakan ciptaan Akim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hang Nadim serta berkolaborasi bersama Laq dan Kadok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain