suria

Tak bercinta tapi nak kahwin, video Kasih Leona pegang tangan Gabriel Prince sekadar gurauan

Hubungan Leona dan Gabriel hanya sekadar teman.

HEBOH kononnya sedang bercinta dengan Gabriel Prince, personaliti media sosial Kasih Iris Leona tampil menjelaskan status hubungannya dengan penyanyi berasal dari Indonesia itu.

Menurut Leona, 24, kemesraan yang dipamerkan oleh mereka di laman Instagram itu hanyalah sekadar gurauan dan tidak mempunyai apa-apa maksud.

"Kami bergurau sahaja. Kami berdua hanya berkawan.

Copy of Untitled (36)

Leona memberitahu konten bersama Gabriel selama ini sekadar untuk bergurau.

"Dan selama ini kami cuba melawak sahaja," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Dalam pada itu, Leona turut memberitahu percutiannya ke Jakarta turut disertai kembarnya iaitu Andika Rees Pahamin.

Anak kepada aktor Azhar Sulaiman ini bagaimanapun masih sempat berseloroh memberitahu perkahwinannya dengan Gabriel akan berlangsung pada minggu depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang video pegang tangan, peminat restu hubungan cinta Kasih Leona dan penyanyi Gabriel Prince

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti bagai langit dengan bumi, Leona minta masa 2 bulan ubah kembar jadi influencer - “Dia pemalu orangnya”

"Saya berada di Jakarta sekarang bersama abang saya, Rees.

"Kami tak bercinta, tapi kami akan kahwin minggu depan. Kami menjemput anda semua untuk menyanyi di hari pernikahan kami minggu depan," ujarnya.

Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Leona dan Gabriel menjalinkan hubungan cinta selepas perkongsian mereka saling berpegangan tangan menjadi bualan hangat netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain