HATI ibu mana yang sanggup melihat anaknya menahan sakit, begitu juga pelakon Wawa Zainal terpaksa menangguhkan niat untuk membenarkan anaknya iaitu Ayya Soffya menjalani pembedahan membuang tonsil. Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, dia memilih untuk menangguhkan rawatan itu kerana bimbang Soffya berkemungkinan berdepan kesakitan selepas pembedahan berkenaan. "Hari itu sepatutnya anak saya pun kena buat pembedahan buang tonsil. Wawa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Tapi tengok video dekat TikTok rata-rata cakap sakit nak mam (mati) selama dua minggu, terus batal sebab risau," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin. Wawa berkongsi perkara itu bersama paparan skrin artikel terbitan mStar mengenai anak pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah yang menjalani pembedahan sama pada Selasa. Meskipun begitu, Wawa memberitahu dia tetap akan membenarkan Soffya, 4, menjalani pembedahan itu, namun apabila sudah menginjak usia sesuai. ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal nak menangis produknya diberi rating rendah, pelanggan tak sempat betulkan ‘review’ kerana terlalu sibuk ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hantar’ batang pinang dan kulit limau terbakar, CCTV rakam wajah individu cuba sihir Aeril Zafrel dan keluarga "Tunggulah Soffya besar sikit dah boleh tahan sakit. Tapi doktor cakap kalau kecil cepat sembuh. "Tapi itulah tak sampai hati. Korang ada pengalaman?" tanyanya kepada pengikut. Untuk rekod, Wawa mendirian rumah tangga bersama aktor Aeril Zafrel pada 2013. Selain Soffya, pasangan ini turut dikurnikan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, dan Muhammad Fahri, dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!