suria

[V] Datang konsert bagi sokongan, Angel Dolla jelaskan status hubungan dengan Amir Ahnaf

KEHADIRAN pelakon Amir Ahnaf ketika konsert Dolla Re:Birth The Experience pada 3 Ogos lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, Amir sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan salah seorang anggota Dolla iaitu Angel.

Tampil menjawab khabar angin tersebut, Angel atau Angelina Chai Ka Ying, 24, menegaskan dia hanya sekadar berkawan baik dengan aktor berkenaan.

IMG_7274

Angel dan Amir hanya berkawan baik.

Malah kehadiran Amir ke konsert tersebut sekadar memenuhi jemputan sebagai rakan dalam industri.

“Amir adalah kawan saya, dia tanya saya kalau dia boleh datang. Jadi saya jemput dia sekali.

“Memandangkan kami semua diberi peluang untuk jemput kawan-kawan kami untuk datang konsert,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan dibela ‘sugar mummy’ fitnah jahat, Fikry Kiki masih tahu dosa dan pahala... Modal bisnes RM600,000 duit simpanan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan berkenalan dengan ‘anak ikan’, mahu belajar cara hidup mereka

Angel mengulas perkara itu ketika ditemui di sesi temu ramah Konsert Dolla Re:Birth The Experience yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Angel menjelaskan perkenalan mereka bermula ketika dia bekerjasama dengan Amir untuk sebuah rancangan televisyen (TV).

Jelasnya, persahabatan baik di antara mereka mula terjalin sejak daripada kerjasama tersebut.

Amir adalah kawan saya, dia tanya saya kalau dia boleh datang. Jadi saya jemput dia sekali.

ANGEL DOLLA

AHLI KUMPULAN DOLLA

“Kami berkawan sejak kerjasama dalam sebuah rancangan TikTok bersama pelakon High Council. Jadi dari situ kami mula kenal dan berkawan,” ujarnya.

Tidak mengahalang malah anggota Dolla yang lain iaitu Sabronzo dan Tabby dilihat menyokong serta menunjukkan reaksi positif terhadap persahabatan Angel dan Amir.

Mengulas lanjut berkenaan konsert Dolla Re:Birth The Experience yang berlangsung pada Ahad lalu, Sabronzo meluahkan rasa syukur dan bangga apabila konsert sulung mereka berjaya memukau semua peminat yang hadir.

IMG_7275

Konsert Dolla Re:Birth The Experience berjaya pukau ribuan peminat.

Malah sehingga kini dia masih tidak dapat melupakan momen indah tersebut meskipun sudah tiga hari konsert itu berlalu.

“Kami sangat bersyukur dan terharu dengan penerimaan dan respon peminat yang datang ke konsert kami.

“Alhamdulillah respon semua positif dan ada yang nak kami bikin lagi banyak konsert pada masa akan datang.

“Dan sampai sekarang, saya tak boleh ‘move on’ lagi. Aura konsert itu masih melekat dalam ingatan saya, itulah momen yang kami paling bermakna untuk kami,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain