KETIADAAN bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya ketika menjayakan konsert Dolla Re:Birth The Experience pada 3 Ogos lalu sedikit sebanyak memberi kesan. Salah seorang anggota iaitu Sabronzo meluahkan rasa sedih kerana mengenangkan Syasya juga sebahagian besar dari perjalanan seni kumpulan tersebut. Meskipun Syasya sudah tidak lagi bersama mereka, Sabronzo berharap bekas anggota itu tetap bangga melihat pencapaian diraih Dolla. Dolla ditemui ketika sesi temu ramah pada Selasa. “Ketika sesi latihan, saya terfikir mengenai perkara terbabit, Syasya tidak lagi bersama kami dan dia tidak akan menjadi sebahagian perjalanan kami pada konsert ini. “Rasa sedih kerana perbincangan mengenai konsert sudah kami perkatakan sebelum Syasya keluar Dolla lagi. “Kami bersyukur kami dapat jayakan konsert pertama. Kami berharap Syasya gembira melihat kami berjaya mengadakan konsert pertama,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun menunggu akhirnya impian Dolla tercapai, konsert sulung pukau ribuan penonton ARTIKEL BERKAITAN: “Who's that?” - Ahli kumpulan SMDX mengaku tak kenal Dolla, netizen kecam baru keluar satu lagu dah sombong Dolla mengulas perkara itu ketika ditemui di sesi temu ramah Konsert Dolla Re:Birth The Experience yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa. Selain Sabronzo, Dolla turut dianggotai oleh Tabby dan Angel. Walaupun kini membawa haluan seni masing-masing, Tabby pula mengharapakan Syasya saling menyokong dan mendoakan yang baik-baik untuk mereka bertiga meneruskan perjalanan sebagai Dolla. Apa pun terjadi, Syasya tetap sebahagian perjalanan kami sebagai Dolla. TABBY ANGGOTA KUMPULAN DOLLA “Apa pun terjadi, Syasya tetap sebahagian perjalanan kami sebagai Dolla. Sebagaimana kami harapkan dia ada, tak mengapa kerana kami masing-masing mempunyai perjalanan dan haluan sendiri. “Harapnya dia melihat kami sebagai memori manis dalam kehidupan dan semoga dia berharap yang baik-baik untuk kami juga sebagai Dolla,” ujarnya. Menggulas lanjut tentang kejayaan konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Dolla meluahkan rasa terharu apabila mengetahui ada peminat yang sanggup beratur dari pagi demi menyaksikan mereka. Dolla terharu melihat respon positif peminat. Tambah kumpulan itu, mereka juga terkejut melihat keterujaan peminat yang hadir sehingga ada membuat persembahan di luar dewan sementara menunggu konsert. “Kami sangat terharu. Mereka pun menanti Dolla Re:Birth The Experience sama seperti kami. Ramai iDolla yang berkumpul di luar Zepp Kuala Lumpur seawal pagi pada hari konsert. “Terkejut juga bila dapat tahu yang mereka siap mengadakan konsert sendiri di luar, ada yang menari, menyanyi. Ada juga yang kongsi video mereka, memang seronok!” kongsinya. Konsert tersebut berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur pada 3 Ogos lalu dan dihadiri lebih 2,500 peminta yang menggelarkan diri mereka iDolla. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!