suria

Ada orang hantar patung cucuk jarum, Aliff Syukri awal-awal dah baling garam ‘pagar’ rumah

Aliff percaya Allah sentiasa bersamanya walaupun ada yang berniat tidak baik dengan menghantar sihir untuk menjatuhkannya.

PERNAH berdepan gangguan sihir, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia mengamalkan bacaan ayat tertentu bagi melindungi dirinya daripada anasir jahat.

Berkongsi cerita membabitkan ilmu hitam, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata dia pernah menemui patung yang dicucuk jarum di halaman rumah selain kejadian aneh berlaku di bilik tidurnya.

"Orang nak bomoh saya tapi tak kena pada saya sebab saya dah 'pakai' awal-awal, tapi bukan cara haram, cara baik... bukan fasal ilmu tapi ada bacaan yang kena baca untuk melindungi diri.

size NP 1 - 2024-08-06T163135.108

Aliff selalu berdoa agar dilindungi daripada perkara khurafat.

"Contoh saya pernah jumpa patung kecil dicucuk jarum tapi saya awal-awal lagi dah baling garam untuk 'pagar' rumah saya.

"Bangun tidur pukul 2 pagi dengar orang mengilai, bilik tiba-tiba bau wangi, saya tak percaya benda mistik tapi ia wujud," katanya kepada mStar.

Sering dilihat sebagai seorang yang ceria, Aliff berkata dia menyimpan 1001 perasaan kerana menyedari dirinya sering menjadi sasaran pesaing yang mahu menjatuhkannya menggunakan perbuatan khurafat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibik makin pulih selepas dirasuk 3 jin, Aliff Syukri bersumpah cerita sihir bukan gimik jual produk

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Syukri naik angin lagi, minta bapa kepada ikon fesyen bayar hutang... Siap sedia ambil tindakan

"Orang nampak saya bahagia dan tenang, tapi sebenarnya hidup ini keras.

"Selain masalah ekonomi, kadang-kadang orang nak cepat jatuhkan saya guna makhluk halus," jelasnya.

Sementara itu, Aliff berkata dia selalu berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan dengan mereka yang mempunyai sifat dengki dengannya.

size NP 1 - 2024-08-06T163151.147

Pembantu rumah Aliff pernah terkena sihir pada hujung tahun lalu.

"Saya selalu solat minta saya dijauhkan daripada mereka yang nak jatuhkan saya.

"Untuk 18 tahun berada dalam dunia usahawan bukan perkara mudah, syukur saya masih di sini.

"Saya percaya Allah sentiasa dengan saya," ujarnya.

Pada November tahun, Aliff berkongsi video pembantu rumahnya telah disihir dan diganggu oleh jin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain