suria

Anak Achey semakin pulih, Tiara ‘bedal’ ayam goreng selepas pembedahan tonsil

Achey memaklumkan keadaan Tiara selepas pembedahan semakin sihat.

PEMBEDAHAN membuang dua tonsil anak kepada pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah pada pagi Selasa berjalan lancar.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata, Tiara yang baru berusia 6 tahun menunjukkan proses penyembuhan sangat baik malah sudah boleh makan seperti biasa.

Malah Achey memberitahu Tiara juga meminta untuk makan ayam goreng selepas pembedahan berakhir.

size NP 1 - 2024-08-07T133945.850

Tiara selesai jalani pembedahan buang tongsil pada pagi Selasa.

"Alhamdulillah Tiara makin sihat. Tiara ini 'priness of makan'... tengah sakit lepas pembedahan pun dia boleh 'bedal' ayam goreng, orang lain makan bubur saja.

"Tapi lepas makan kena berkumur dan doktor pun terkejut Tiara sudah boleh makanan dalam bentuk pepejal.

"Cumanya lepas makan dia akan rasa sakit sikit. Memang saya dan isteri kena layankan amukan dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey susah hati anak sakit, Tiara bakal jalani pembedahan tonsil punca tidur berdengkur

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur Tiara berdengkur terlalu kuat, Achey ambil serius mahu bawa anak jumpa pakar

Bercerita mengenai perkembangan Tiara, Achey memberitahu pembedahan itu dilakukan selepas anaknya itu mengalami masalah bengkak pada bahagian tonsil tahap tiga sejak beberapa bulan lalu.

Kata Achey, sebanyak dua biji tonsil pada bahagian kiri dan kanan tekak Tiara dibuang sebesar ibu jari.

"Berdengkur itu lebih kepada sebab dia penat. Tonsil sudah dibuang pun dia masih berdengkur cuma tidak kuat.

"Dua tonsil sebesar ibu jari pada bahagian kiri dan kanan tekaknya dibuang yang sudah ada sejak beberapa bulan lalu," katanya.

size NP 1 - 2024-08-07T134058.806

Tiara dimasukkan ke hospital pada Isnin.

Sebelum ini, rakaman video Tiara sedang tidur menjadi perhatian netizen kerana dia berdengkur terlalu kuat tidak seperti kanak-kanak normal.

Rata-rata netizen meminta Achey dan isteri membawa Tiara berjumpa pakar untuk mengetahui kondisi kesihatan anak mereka.

Susulan itu, pelawak berkenaan mengambil teguran dan nasihat tersebut dengan positif dan bercadang mahu membawa Tiara bertemu pakar perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain