suria

Cari ketenangan dengan dalami agama, Aliff Aziz kembali sertai tabligh

Aliff sempat bergambar dengan rakan jemaah.

TIADA lagi kontroversi melibatkan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilihat mencari ketenangan dengan mendalami ilmu agama.

Ia susulan seorang pendakwah iaitu Ustaz Haji Taufik berkongsi kehadiran Aliff ke salah satu masjid di Singapura menerusi akaun TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat bersedia untuk menjamah hidangan bersama beberapa orang rakan jemaahnya.

554

Aliff bersama rakan-rakan tabligh.

Tidak hanya itu, Taufik juga seakan menitip pesan agar orang ramai tidak menjatuhkan hukum terhadap Aliff.

"Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?

"Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik.

"Ulama beritahu ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana'," tulisnya di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz ada duit simpanan, tuduhan kononnya Ruhainies tanggung hidup satu fitnah berat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Malah Taufik juga berharap agar aktiviti keagamaan yang dilakukan selama tiga hari itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

"Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT," ujarnya.

Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai yang rata-rata mendoakan perubahan Aliff.

Sekitar Ogos 2021 lalu, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

553 (48)

Aliff mencari ketenangan selepas bercerai.

Menurut Aliff ketika itu dia hanya menjalani kehidupan yang diaturkan Allah kepadanya.

Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain